Monday, August 5, 2013

Eina Enggan Dikaitkan Dengan Afiq Lagi

Eina Azman


Eina Enggan Dikaitkan Dengan Afiq Lagi


Beberapa bulan dahulu, nama Eina Azman, 18, dan Afiq Muiz menjadi hangat disebabkan konflik kekeluargaan yang dialami oleh aktor muda itu.

Eina yang dikatakan ‘teman tapi mesra’ Afiq kini mengambil pendekatan enggan lagi namanya dikaitkan dengan jejaka berusia 21 tahun itu.

“Eina kata begitu bukan bermakna hubungan Eina dengan Afiq tidak baik lagi. Tetapi Eina sedih apabila ada di antara kenyataan Eina diputar belit dan sudahnya Eina yang nampak bersalah serta teruk dihentam.

“Eina akui ada kata-kata Eina kadangkala terikut perasaan. Eina pun masih muda, kadangkala apa yang Eina katakan tidak sama dengan apa yang Eina maksudkan tetapi orang mudah salah faham dan menghukum Eina,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Menerusi perbalahan Afiq dan ibunya, Hasliza Mohd, Eina dikatakan mahu menyaman wanita tersebut kerana dikatakan telah mencemarkan nama baiknya dengan menuduh Eina sebagai kaki kikis.

Namun, Eina enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu selain dia turut melahirkan rasa kesyukuran di sebalik orang luar mengutuknya, dia masih mempunyai ibu bapa dan keluarga yang teguh memberi sokongan kepadanya.

“Alhamdulillah kerana masih ada yang sayang Eina. Dalam pada ada yang marah-marah, ada juga yang memberi sokongan. Kehidupan Eina pun baik sahaja sekarang,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails