Sunday, August 11, 2013

Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah

Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah


Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah


HARI Raya kali ini menyaksikan banyak rumahtangga yang sebelum ini mempunyai sedikit isu, berakhir dengan suasana jernih.

Jika semalam dapat dilihat Fasha Sandha dan Nora Danish kelihatan mesra bersama di hari raya pertama, situasi tidak kurang bezanya dengan hubungan antara penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah.

Siti bertemu Tengku Zawiyah ketika menemani suaminya mengunjungi ibu Tengku Zawiyah pada 1 Syawal lalu. Malah, mereka dikhabarkan sudah lama berbaik cuma perkara ini tidak diketahui umum.

Ia cuma tersebar selepas anak tiri Siti, Asyraf memuatnaik gambar dirinya bersama Datin Zawiyah dan Siti di laman Instagram.

Kata Asyraf kepada wartawan Berita Harian, dia sengaja memuatnaik gambar itu. Ulasnya, ““Saya teruja sebab itu gambar pertama mama dan Mak Iti. Sebenarnya saya sengaja letak gambar itu sebab kadang-kadang saya tengok masih ada lagi orang yang bersangka buruk terhadap hubungan keduanya padahal mereka aman damai saja.”

Sudah pasti, ramai peminat Siti tumpang gembira mengetahui hal ini. Manakala bagi mereka yang selama ini menyimpan rasa negatif terhadap Siti kerana cerita lama pula, eloklah buang segala prasangka sebab segala-galanya sudah berakhir dengan ‘happy ending’.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails