Showing posts with label 3gp. Show all posts
Showing posts with label 3gp. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Dibantah - Bintang Porno Sasha Grey Tetap Jadi Tetamu Sekolah Rendah


Ibu bapa terkejut apabila mengetahui pihak sekolah membenarkan seorang pelakon filem lucah menemui anak mereka untuk membacakan buku cerita.

Laman sesawang TMZ.com melaporkan, Sasha Grey menjadi tetamu jemputan sebuah pertubuhan amal yang mempromosi amalan membaca di kalangan kanak-kanak.

Insiden itu dikatakan berlaku awal bulan ini tetapi hanya terdedah kepada umum semalam.

Sasha berkata, dia gembira dapat membacakan buku cerita kepada pelajar Sekolah Rendah Emerson.

Di sebalik rasa kurang senang itu, Sasha berkata, dia akan terus menawarkan diri membantu pertubuhan amal Read Across America selepas ini.

“Saya komited membantu program ini dan faham ada pihak lain mempunyai pandangan berbeza.

“Walaupun ada pihak mengaitkan saya dengan sejarah silam, tetapi ia tidak menggambarkan diri saya sebenar,” katanya. Di Facebook, Read Across America digambarkan sebagai pertubuhan yang menggalakkan amalan membaca sepanjang hayat “menggunakan individu terkemuka di bidang hiburan, sukan, perniagaan dan politik.”

 

tak percaya ke sasha grey ni bintang porno? nah amik satu gambar! yang laen cari sendiri ek!

 

Wednesday, October 12, 2011

Gambar peribadi FB jadi promosi perempuan jalang

Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

“Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

“Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

“Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

sumber : metro
Related Posts with Thumbnails