Showing posts with label AJL. Show all posts
Showing posts with label AJL. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Projek Pistol Terkejut Dapat Markah Tertinggi Top 5 Ke AJL 26



SHAH ALAM: Kumpulan Projek Pistol yang mencalonkan lagu Wanita Seluruh Dunia di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26 minggu kedua terkejut apabila lagu tersebut mendapat markah tertinggi antara lima lagu yang dijangka ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 26.

Menurut vokalisnya merangkap komposer dan penulis lirik lagu tersebut, Boy Clifford, mereka seperti kebingungan apabila diumumkan sebagai calon ‘top 5’ oleh pengacaranya, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

“Mungkin tersilap dengar apabila mengatakan kami mendapat markah tertinggi. Bagaimanapun kami tetap bersyukur dan sangat berterima kasih kepada pihak juri yang memilih lagu ini.

“Pada mulanya memang kami mengharapkan agar lagu ini berjaya layak ke AJL 26 dan sebab itu kami membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh seperti berada di peringkat akhir.

“Boleh dikatakan kami kerap berlatih sepanjang dua bulan ini,” kata Boy dalam satu temubual selepas program tersebut berakhir.

Sama seperti Boy, pemain gitarnya, pemuzik dan komposer Edrie Hashim juga berasa bertuah apabila buat pertama kalinya membuat persembahan di AJL 26.

“Jika dulu, saya selalu gubah lagu untuk orang tetapi kali ini pertama kali saya membuat persembahan untuk AJL,” kata Edrie.

Selain Projek Pistol, empat lagi peserta yang dijangka bertanding di AJL 26 adalah Hazama menerusi lagu Cinta Teragung hasil ciptaan Kuncidemak, Aizat (Sungai Lui/ Aizat / Anas), Najwa Latif (Cinta Muka Buku/ Najwa Latif / Ika Latif) dan Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda/ Monoloque).

Sementara peserta lain yang terpilih juga tidak menyangka dengan kelayakan itu sebaliknya menganggap peluang untuk beraksi di peringkat separuh akhir itu sebagai medan untuk membuat persembahan semata-mata.

“Sebelum ini saya hanya mencipta lagu ini dengan kakak saya sekadar untuk suka-suka dan tidak menyangka tercalon untuk Muzik Muzik 26.

“Apabila sampai ke tahap seperti ini, saya hanya memikirkan untuk membuat persembahan yang terbaik. Jika layak ke peringkat akhir, alhamdulillah,” kata Najwa.

Bagaimanapun kelima-lima peserta top 5 itu agak terkilan apabila lagu Pokok ciptaan Taja dan Tun Teja yang dinyanyikan oleh Nubhan gagal terpilih.

“Walaupun saya tidak menyanyikan lagu Pokok, tetapi saya tetap berharap lagu itu terpilih ke AJL 26,” kata Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu tersebut.

Lagu-lagu lain yang turut bertanding pada malam itu adalah Kurnia nyanyian Mizz Nina & Noh Hujan ciptaan Noh Hujan, Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus), Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition), Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tomok) dan Ilusi (Adira/ Audi Mok).

Pemilihan lagu-lagu tersebut diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Yasin Sulaiman, Hazami, Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan Azhar Borhan selaku ketua juri.


Wednesday, February 9, 2011

Bekas Juara AJL Ber'facebook' - Generasi AJL

Salam,memang cun lah diaorang ni kan.mana taknya dengan facebook boleh mengumpulkan semua bekas-bekas juara AJL sekaligus merapatkan lagi hubungan sesama artis :)


Tapi korang jangan percaya semua ini adalah dusta semata-mata. ia sekadar untuk hiburan kepada kita sebagai peminat mereka semua :)



Sunday, January 9, 2011

Keputusan AJL - Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 25


Juara Ajl Ke 25

Naib Juara Ajl Ke 25
Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)

Tempat Ketiga Ajl Ke 25
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)

Vokal Terbaik
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
Persembahan Terbaik Ajl Ke 25
Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)


suarapeople : tahniah kepada semua pemenang anugerah juara lagu ke 25

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke 25


Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke 25

 Akan Di Update Sebentar lagi :)

Friday, January 7, 2011

Anugerah Juara Lagu ke 25 - Live On Tv3

Salam,jangan lupa tonton live Anugerah Juara Lagu ke 25 di tv 3 pada 9hb januari 2011,wahhh xsabar xsabar!! agak-agak lah kan,sebelum keputusan penuh anugerah juara lagu ke 25 di umumkan,korang rasa sapa yang menang eh?
jom lihat senarai penyanyi dan lagu pada AJL tahun ini.

Wednesday, January 5, 2011

Anugerah Juara Lagu ke 25 Debarannya Dirasai


Salam!Anugerah Juara Lagu ke-25 yang akan berlangsung pada 9 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil semakin dirasai oleh peminat-peminat muzik tanah air. Sebanyak 14 buah lagu akan berentap untuk menjulang anugerah ajl yang paling berprestij dalam industri muzik Malaysia.
mari kite lihat senarai susunan penyanyi dan lagu yang bertanding pada malam ahad ini.
 Ajl kali ni gempak je kan! besh besh!xsabar nak tunggu keputusan penuh AJL ke 25 :)
  1. Sempurna (yuna)
  2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
  3. Pelita (A.P.I/ Loque)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
  6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)
Jom tengok Wallpaper AJL yang cun kali ini :)

Wednesday, December 15, 2010

Senarai Giliran Persembahan Pada AJL 25

Salam geng! layan juara lagu tak?
okay disini suarapeople nak share pasal giliran persembahan artis pada final Anugerah Juara Lagu yang ke 25 nanti :)

JOM TENGOK LAGI!

Monday, November 22, 2010

14 Lagu Yang Akan Beraksi Di Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)



salam,suarapeople rasa mesti ramai yang ternanti-nanti 14 buah lagu yang bakal berentap untuk ke AJL25. Suarapeople dengan ini updatekan keputusan separuh akhir Muzik-Muzik 25 untuk minggu ketiga ini ( keputusan keseluruhan AJL ke 25 yang akan berentap di final nanti).Suarapeople Minat Hujan,Tapi band A.P.I ni pun best giler!!!! hehehe

14 Lagu Ke AJL25

Tuesday, November 16, 2010

Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik Kedua

yes! yes! katakan yes!
Lagu Susun Silang Kata nyanyian Aizat berjaya menjadi salah satu calon untuk berentap di Anugerah Juara Lagu 25 nanti.suarapeople minat sgt! ehhehe Untuk makluman geng suarapeople, ini adalah keputusan separuh akhir Muzik-Muzik minggu kedua. Keputusan minggu pertama boleh tengok kat sini ek Keputusan Separuh Akhir Pertama .
Ada lagi 2 minggu sebelum finalist untuk ke AJL25 diketahui sepenuhnya.

6 lagu layak untuk minggu kedua ini.

Saturday, November 6, 2010

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 25



Berikut adalah senarai penuh lagu yang akan bertanding pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 bermula 8 November ini (Isnin) jam 10 malam.

8 November 2010 (Tema 80-an):
1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
2. Inilah Cinta – Akim / Akim / Akim
3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
8. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
 ADA LAGI!!!! JOM TENGOK!
Related Posts with Thumbnails