muka manyak ensem! tapi penipu maa
Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.
Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.
Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.
Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.