Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Brad Pitt Beli Kereta Kebal


Kerana minat pada kereta kebal yang digunakan dalam filem lakonannya, aktor Brad Pitt sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli kenderaan berat tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta kebal jenis T54 buatan bekas Kesatuan Soviet (USSR) itu digunakan dalam filem terbaharunya, World War Z yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.

Wang bukanlah masalah besar bagi aktor tersebut, tetapi pembelian kereta kebal itu mendapat bantahan pasangannya, aktres Angelina Jolie.

Namun, Pitt berkata, keenam-enam anak mereka iaitu Pax, Maddox, Shiloh, Zahara, Vivienne and Knox pasti teruja dengan ‘mainan’ baru tersebut.

Kenderaan tentera itu kini dalam proses penghantaran di sini.

Kenderaan seberat 36 tan itu mula digunakan sejak 1947 dan menjadi kereta kebal utama untuk divisyen perisai Tentera Soviet.

Sunday, October 9, 2011

Yana Samsudin Alami Tekanan Paru-Paru Di Gunung Kinabalu


Yana Samsudin




Pelakon Yana Samsudin memberitahu dia mengalami tekanan pada bahagian paru-parunya akibat kekurangan oksigen semasa mendaki Gunung Kinabalu, Sabah untuk penggambaran drama Hatiku Di Kinabalu.Katanya kejadian berkenaan berlaku mungkin disebabkan dia tidak membuat persediaan rapi untuk mendaki gunung tersebut.

"Semasa memulakan penggambaran saya tidak sempat untuk membuat persiapan kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni yang masih belum selesai."Saya cuma sempat melakukan senaman ringan beberapa hari sebelum itu.

Akibatnya saya mengalami kekejangan pada paru-paru kerana kekurangan oksigen semasa mendaki," ujarnya.Bagaimanapun kata Yana, memikirkan krew penggambaran telah sedia menunggunya di puncak gunung dia menggagahkan diri untuk meneruskan perjalanan selepas diberi bantuan oksigen selepas keadaannya didapati selamat.

Tidak serik dengan kejadian berlaku, Yana memberitahu dia berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu sekali lagi jika berpeluang di masa hadapan."Pada awalnya selepas apa yang terjadi saya serik untuk mendaki gunung lagi tetapi selepas berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan, perasaan untuk mendaki lagi semakin menebal," ujarnya.Drama bertajuk “Hatiku Di Kinabalu” itu kata Yana menjalani penggambaran selama 10 hari turut dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Irma Hasmie.
Related Posts with Thumbnails