Showing posts with label hattan. Show all posts
Showing posts with label hattan. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Hattan, Bekas Isteri Ariani Pamer Kemesraan

Hattan


Hattan, Bekas Isteri Ariani Pamer Kemesraan


PADA 29 Jun lepas, anak perempuan produser Julie Dahlan yang juga seorang pelakon, Siti Hani Nurzana Harmi atau Hanny, 31, selamat bergelar isteri kepada adik kepada penyanyi Hattan, Shamsul Akmar Sahabudin, 33.

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang.

Pada majlis berkenaan Hanny menerima wang hantaran RM20,000, mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran bermuat cincin berlian, telekung, set wangian, beg tangan, kasut kain dan dan sirih junjung.

Sementara pengantin lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran antaranya al-Quran dan sejadah, jam, kasut, set wangian, kek, buah-buahan dan sirih junjung.

999017_10152300200889240_1100298681_n

Sebilangan rakan artis dilihat turut mengunjungi majlis yang diacarakan oleh Azwan Ali ini. Antaranya Adlin Aman Ramli serta isteri, Emelda Rosmila, Memey, Salina Saibi serta Aspalela Abdullah.

Hani dan Shamsul akan mengadakan resepsi sebelah lelaki di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai ini.

Apa yang menarik, Hattan kelihatan sungguh rapat dengan bekas isteri, Ariani sepanjang majlis berlangsung. Nampaknya apa yang dirancang Hattan untuk berkahwin semula dengan Ariani atau nama sebenarnya, Ariani Mohd Abidin pada 15 Ramadan depan mungkin jadi kenyataan.

Hattan pernah memberitahu rancangan kahwin ini kerana menurutnya, dia dan Ariani sudah melupakan apa yang berlaku antara mereka dan mahu bersama semula demi anak kesayangan, Adam Eiman, 15.

Hattan dan Ariani pernah bernikah pada 17 Disember 1997 dan bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Tuesday, November 15, 2011

Hattan Selamat Diijabkabulkan


Enam tahun menduda, akhirnya Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin telah selamat diijabkabulkan dengan pasanganya Jumaat lalu.

Dah tarikh cantik, 11.11.2011 sebagai hari bahagia mereka, majlis nikah tersebut diadakan secara tertutup namun meriah dengan kehadiran hampir 100 orang keluarga terdekat dan teman rapat kedua pengantin baru ini termasuklah anak tunggal Hattan, Adam Iman, 13.

Dengan hanya sekali lafaz, Hattan , selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Sah bergelar suami, Hattan mengucap syukur kerana dapat disatukan dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya setelah sekian lama hidup ‘solo’.

Meskipun gembira dengan kehadiran suri baru dalam hidupnya, Hattan nyata tidak terburu-buru dan masih belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang dikatakan berusia awal 30-an itu kepada umum.

Suarapeople mengucapkan tahniah buat abang Hattan! Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Begitu juga dengan Dira Abu Zahar dan Lan A to Z bersama pasangan masing-masing yang turut mengabadikan tarikh 11.11.11 sebagai momen bahagia mereka.

Siapakah gerangan isteri Hattan masih menjadi tanda tanya, namun suarapeople kreditkan ke ohbulan!

 


Related Posts with Thumbnails