Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Klon Osama Saman FBI


Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden


Ubah wajah jadi mirip muka bekas pemimpin al-Qaeda

MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.

Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan.

Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar Llamazares, Jumaat lalu, dan hanya memadamkannya daripada laman web agensi berkenaan, semalam.

“Saya akan saman FBI kerana agensi itu tidak membetulkan semula imej yang digunakan. Mereka hanya memohon maaf, itu pun tidak ikhlas,” kata beliau kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Ser.

Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left, berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan gambar digital menjadi dua individu.

“Kedua-dua individu yang dicipta menggunakan gambar saya digunakan sudah mati dibunuh,” katanya.
Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di Pakistan Ogos lalu.

Sunday, June 19, 2011

Zami Ismail @ Pak Uda - Meninggal Dunia,Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda diatas pemergiannya pagi tadi... Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.... Al-Fatihah.....




Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara.


Al-fatihah buat arwah. Berita kematian arwah dimaklumkan oleh salah seorang rakan artis kepada kami.

Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat.


Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah aman di alam sana dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amin...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...
Related Posts with Thumbnails