Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ada melafazkan talak terhadap isterinya sebelum rujuk kembali 13 jam kemudian.
Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu dan pada Isnin, Benjy dan isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi permohonan untuk mengesahkan lafaz talak dan rujuk itu.
Permohonan untuk mengesahkan kedua-dua lafaz tersebut difailkan oleh Safiya, 28, pada 7 Februari lalu dan ditetapkan untuk sebutan pada Isnin.
Berdasarkan permohonan tersebut, Safiya mendakwa Benjy, 33, melafazkan talak pada pukul 9 malam, 7 Julai 2008 di rumah kelamin mereka di Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Lafaz tersebut berbunyi “aku ceraikan dengan talak satu” sebelum rujuk kembali pada pukul 10 malam dengan lafaz “
I’m rujuk-ing”.
Selepas mendengar permohonan itu, Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor mengesahkan bahawa jatuh talak rajie dengan berjumlah satu talak.