Tuesday, March 16, 2010

Zee Avi Punya Cerita


3,000 tiket habis 2 hari


TANPA sebarang promosi besar-besaran, hanya dengan menyebar maklumat menerusi laman Facebook dan Twiitter, peruntukan 3,000 tiket konsert Zee Avi Live in Kuala Lumpur pada 20 Mac ini, jam 8 malam di Life Centre habis dijual dalam masa dua setengah hari.

Keadaan ini jelas membuktikan penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Miri, Sarawak yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 24, cukup berpengaruh meskipun tidak pernah menghasilkan album di Malaysia.

Sambutan yang diberikan peminat amat mengejutkan syarikat AirAsia Red Tix yang bertindak sebagai penganjur konsert.

Ketua Bahagian Perolehan (Ancillary Income) syarikat penerbangan murah AirAsia, Rafizah Amran berkata, Zee Avi menjadi pilihan mereka kerana bakat luar biasa penyanyi kecil molek itu di samping ciri dimilikinya bersesuaian jenama syarikat penerbangan itu.


"Ini adalah konsert pertama dibawakan AirAsia Red Tix. Sebagaimana diketahui ramai AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan Asia yang berjaya di peringkat antarabangsa.

"Zee Avi pula anak kelahiran Malaysia dan antara penyanyi Asia yang berjaya menembusi pasaran Amerika. Justeru gadis itu dilihat mempunyai ciri bersesuaian jenama syarikat penerbangan kami.

"Kami yakini bakat dimiliki Zee Avi dan ia terbukti melalui kejayaan melebarkan muzik di luar negara. Namun sayang, Zee Avi tidak begitu dikenali di negara sendiri sebaliknya lagu seperti Kantoi lebih popular berbanding dirinya.

"Ini juga antara sebab mengapa kami menerbangkan Zee Avi dari Amerika ke Malaysia. Tambah mengujakan ini adalah konsert pertama dijayakannya di sini," katanya.

Pada sidang media Zee Avi Live in Kuala Lumpur yang diadakan La Bodega Lounge, Bangsar, baru-baru ini, Rafizah turut mengumumkan semua 3,000 tiket konsert bermula harga RM55, RM105 dan 205 habis dijual.


"Keadaan seperti ini memang tidak dijangkakan langsung apatah lagi pada masa yang singkat seperti itu. Kami juga belum sempat membuat hebahan secara besar-besaran di akhbar sebaliknya hanya mengiklankan melalui laman sosial twitter dan facebook.

"Kami menghebahkan berita ini sekitar jam 9 pagi dan tiga jam kemudian sebanyak 717 tiket terjual. Tempahan dan pembelian terus meningkat dari semasa ke semasa dan akhirnya pada hari kedua semua tiket habis dijual.

"Lingkungan umur pembeli tiket konsert itu pula merangkumi umur 18 hingga 35 tahun dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

Menyentuh corak persembahan penyanyi popular dengan lagu Bitter Heart itu nanti, Zee Avi mahu persembahan malam itu menjadi satu kejutan dan disebabkan itu dia memilih untuk merahsiakan lagu yang bakal diperdengarkan nanti.


nk download lagu2 zee avi yg best ni? jom ke anonyzone.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails