Showing posts with label Gossip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gossip Artis. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan Maya Karin


Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.

Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.

Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.

Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya.

Wednesday, November 3, 2010

Nabil dan Irma Hasmie Berpisah !!!



Hubungan kami sudah berakhir - Nabil
“Ya. Saya sahkan hubungan kami selama tiga tahun ini telah berakhir,” ungkap Nabil ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Irma Hasmie yang dikatakan berakhir baru-baru ini.

Nabil yang sebelum ini menafikan dakwaan Irma itu, kini akur dengan takdir jodoh mereka.

Bagaimanapun juara Raja Lawak musim kedua itu menafikan wujudnya orang ketiga dalam hubungan mereka. Jelas Nabil, dia telah berbincang bersama Irma untuk meletakkan punca perpisahan mereka sebagai perkara yang terlalu peribadi.

(BACA LAGI LAHHH FUHHH)

Monday, October 25, 2010

Gambar Fazura Ketiak Basah dan Kaki Berkudis???

Post Image


Kesian dengan Fazura, gara-gara gambar ketiak basah dan kaki yang berparut ni, habis Fazura kene lahar dekat dalam forum serta email-email berantai. Kepada kipas susah mati Fazura, pegi la backup dia ni. Yang ketiak basah tak berapa nak kesah sangat la, kaki tu kenapa tak pakai stokin ke? kasut jenis lain ke kasi tutup?

Friday, October 22, 2010

Tuah Sarimah





Tahun 2009 mungkin tidak berjalan lancar buat pengacara popular, Sarimah Ibrahim. Bercerai dengan bekas suaminya, Amir Andrew Abdullah selepas mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, Sarimah bagaimanapun enggan menjadikan ia sebagai penghalang meneruskan kehidupan.

Monday, October 18, 2010

Fesyen terbaru Alyah tiru Lady Gaga?

Fesyen terbaru Alyah tiru Lady Gaga?



Penyanyi Alyah baru-baru ini ada mengadakan nyanyian di Party Nominasi Shout Awards 2010. Kalau nak diikutkan memang kita akan perasan yang Alyah mengayakan fesyen ala-ala Lady Gaga. Nak diikutkan trend ke yang tu tak pasti pula, kalau nak diikutkan banyak cerita Lady Gaga yang tak sedap didengar seperti isu kepercayaan (tak kan nak dijadikan idol kot). Tapi nak buat macamna, dah hak Alyah nak buat apa yang dia suka, jadi kita sebagai peminat muzik mesti terima apa yang seadanya dan layanzZ.

Mizz Nina berpakaian 'sopan'

Siapa tidak kenal Mizz Nina. Mungkin di serata Asia dah mula mengenali Mizz Nina. Lagunya yang top seperti 'what you waiting for' sememangnya mengasyikkan remaja-remaja.Tapi tak sangka-sangka pula Mizz Nina kali ini berpakaian agak 'sopan'. Dia ditemui ketika Shout Award Nomination. Pakaiannya agak simple dan menutupi segalanya. Sebelum ini juga Mizz Nina ada berpakaian Melayu kurung. Memang manis lah dia berpakaian berkenaan, jarang dapat tengok nie.

Saturday, October 16, 2010

Maria Farida Peluk Erat Shahz Jaszle

hangat bercinta?




Maria Farida bukannya muda lagi, sama seperti Rita Rudaini. Mungkin ada aura tersendiri, mereka berdua mempunyai persamaan, iaitu meminati jejaka-jejaka yang 10 atau 20 tahun lebih muda daripada mereka.
Maria mempunyai hubungan intim dengan pelakon baru Shahz Jaszle (Tari Tirana, Asmara) yang baru berusia 24 tahun. Malah, Shahz juga tidak segan silu menayang foto mereka berdua bersama di dalam profile BlackBerry Messenger miliknya. Fuh, anda lihat’lah sendiri, memang bergaya sakan habis Maria menayang jejaka idaman’nya itu.

Wednesday, October 13, 2010

(Gambar) Bunga Citra Lestari Lepas Bersalin





Sunday, October 10, 2010

Dato Sani kahwin-hantaran RM100k

Dato Sani yang juga Taukey besar syarikat bas ekspress
Sani Ekspress telah menamatkan zaman bujang beliau hari ini,
10.10.10 sama tarikh dengan perkahwinan angkasawan negara.
Mereka selamat disatukan hari ini di Kuala Terengganu.

Datuk Sani Salleh bertunang dengan Fatimah Dalilah Omar,
anak seorang ahli perniagaan Terengganu pada Jun lalu.
Menurut sumber terdekat, pihak lelaki menghadiahkan wang hantaran sebanyak RM100,000 selain sebuah kereta mewah bernilai lebih RM400,000..Jika kami tidak salah kira, kos hadiah berupa hantaran sahaja sudah mencecah setengah juta. Ini sekaligus memadam rekod Juliana Banos — RM77, 888.77.

Perkahwinan mereka turut dimeriahkan dengan perarakan
kereta mewah antaranya Ferarri, Lamborghini malah kereta
pengantin yang dinaiki pengantin adalah Hummer..herm..
ingatkan perarakan bas Sani Ekspres..hehe..lihatlah
hantaran Dato Sani buat isteri tercinta. Crown tu..fuh.
Pada pendapat Suara People perkahwinan Dato' Sani
lebih meriah dengan 'angka' berbanding perkahwinan
angkasawan negara bertemakan 'kayangan'..apa pendapat anda?








ini bukan kayangan..ini realiti di bumi..

tidak ketinggalan Aqasha turut sama menamatkan zaman
bujang tanggal 10.10.10. majlisnya agak ringkas tetapi
turut meriah..kami doakan ketiga mempelai yang bernikah
tanggal 10.10.10 ini akan bahagia hingga ke anak cucu.


Gambar perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina

Akhirnya Dr.Sms dan Dr.Halina selamat disatukan..
Persandingan mereka disiarkan secara langsung malam ni..
dengan tarikh keramat dipilih 10.10.10
nantikan update..inilah antara gambar yang sempat
kami siarkan untuk tatapan anda~semestinya perkahwinan
mereka yang gah ini akan jadi "Wedding of the Year"



cerianya Dr.Halina setelah bergelar isteri


kek perkahwinan pun bentuk roket..yelah angkasawan kan..
moga-moga bahagia hingga ke anak cucu hendaknya..Amin~

Saturday, October 9, 2010

Kenyataan Rasmi Raja Azura

suarapeople,raja azura,azura,artis malaysia




Assalamualaikum wbt dan salah sejahtera.

Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab. Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka. Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya. Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan. Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.

Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama. Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil saya akui menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini. Saya yakin masih ada peluang untuk memulih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasar persetujuan kedua-dua pihak. Saya masih dalam tempoh idah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.

Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumahtangga. Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul. Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin. Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumahtangga setelah kaedah membaiki dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula. Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, ‘Tasrihun bi ihsan’ yang bermaksud bercerai demi kebaikan.

Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga. Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.

Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh idah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional. Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperi nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing, dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini. Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzim meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama.

Doakanlah kami.

Yang benar,
Raja Azura




sumber dari : GUA.COM

(Gambar) Sekitar Preview Jangan Pandang Belakang Congkak 2

lisa surihani,jangan pandang belakang congkak 2,awek cun,suarapeople

lisa surihani,jangan pandang belakang congkak 2,awek cun,suarapeople

( Gambar ) Pose Cun Dari Liyana Jasmay

Liyana Jasmay,suarapeople,ponti anak remaja,hero dan heroin,shoot time,cute girl,liyana jasmay sexy

Liyana Jasmay,suarapeople,ponti anak remaja,hero dan heroin,shoot time,cute girl,liyana jasmay sexy

Liyana Jasmay,suarapeople,ponti anak remaja,hero dan heroin,shoot time,cute girl,liyana jasmay sexy

Lisa Surihani Satu Ketika Dahulu

gambar lisa surihani ketika dahulu

Lisa nie masa kecik-kecik pun dah comel gila rupanya. Rupa-rupanya sebelum dia jadi pelakon memang dah banyak buat iklan. Di bawah suarapeople sertakan video Lisa Surihani dalam iklan ayam goreng Mcdonald. Siap rambut tocang lagi. Cute gile



Thursday, October 7, 2010

(GAMBAR)Pra Perkahwinan Sheikh Muzaffar Dan Dr Halina

gambar wedding sheikh muzaffar

Ini memang konsep perkahwinan kayangan nie. Siap terbang-terbang lagi. Kagum kami dibuatnya. Serius cun gila gambar pra perkahwinan Sheikh Muzaffar dan Dr Halina nie.


gambar wedding sheikh muzaffar

gambar wedding sheikh muzaffar

Ezlynn Peluk Datuk K?

Post Image


Memang panas..memang panas kalau tengok video Ezlynn peluk Datuk K sebab nak tunggu minit ke 4.58 memang lama. Sekali adegannya tak berapa panas, cuma Datuk Siti Nurhaliza mungkin agak bengang sikit la.. ye la, Ezlynn peluk bahu Datuk K kan sebelah Datuk Siti Nurhaliza pulak tuh.


Tuesday, October 5, 2010

Justin Bieber penyamar! bukan 16tahun tapi 51tahun! phedophile!



euuuwwwwwww! disgusting!
Wartawan The Onion News Network membuat heboh dunia. Hasil penyiasatan mereka yang ditayangkan secara online menyebutkan bahawa Justin Bieber bukanlah remaja berusia 16 tahun, melainkan seorang lelaki pedofilia berusia 51 tahun yang sedang menyamar!!

Menurut Onion, lelaki tua tersebut bernama Michael Cote melakukan penyamaran sebagai Justin Bieber selama bertahun-tahun dengan menggunakan sebuah topeng dan rambut palsu!
Dr. Hanna Carrier selaku ahli psikologi mengatakan bahwa lagu-lagu yang dinyanyikan Justin Bieber memang sengaja dipasarkan untuk menarik perhatian para gadis remaja.

Selebriti Kim Kardashian
yang pernah digosipkan menjalin hubungan dengan Justin Bieber pengsan
setelah mendengar kabar tersebut. Sementara rapper remaja Jasmine Villegas
yang pernah memberikan oral seks kepada Justin Bieber dilaporkan
mengalami gangguan jiwa berkait dengan berita bahwa Justin Bieber
adalah seorang lelaki berusia 51 tahun yang menyamar.


Monday, October 4, 2010

Sexy Indonesian Actress Pictures, Tamara Bleszynski

tamara

Hot, beautiful and sexy Indonesia actress, Tamara Bleszynski is now the most wanted single mother in Indonesia.

Recently divorced with her husband, Tamara Bleszynski wow! penah belakon dalam cicakman 2

More beautiful, sexy and hot pictures of Tamara Bleszynski wearing dress.

tamara

tamara

tamara

tamara

tamara

tamara

Saturday, October 2, 2010

Jimmy Shanley Sudah Bergelar Suami ( 3 kali lafaz )

GAMBAR KAHWIN JIMMY SHANLEY

Wah, sedar tak sedar dah jadi suami yer Jimmy Shanley ni. So, tahniah kami ucapkan. Untuk info, Jimmy Shanley selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang semalam (Jumaat – 01. Okt 2010).

Yang menariknya, abang Jimmy Shanley kita ni hanya sah menjadi suami kepada Nursuhaila Eliani setelah 3 kali lafaz. katanya..gementar tengok mic! ahha ;p jgn marah

GAMBAR KAHWIN JIMMY SHANLEY

Tahniah buat Jimmy Shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani.

Selamat berbahagia dan selamat menempuh alam rumah tangga. yezzzzzaaaa!!

Lagenda Rock Kongsi Satu Pentas

images not found

Tajuk artikel ini sudah pasti membuatkan ramai peminat tiga Lagenda Rock ini teruja untuk mengetahui maklumat lanjut. Memang benar apa yang dibaca. Search, Wings dan Ella akan bergabung di atas satu pentas bagi menjayakan konsert yang dinamakan Red On Black.
Konsert ini adalah lanjutan kejayaan siri jelajah konsert Double Trouble yang mencetuskan fenomena apabila ia dibanjiri oleh lautan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong Search dan Wings selama ini.
Kehadiran Ella pula adalah untuk memberi impak yang lebih besar kepada penganjuran konsert ini. Ratu Rock ini masih berbisa. Buktinya, persembahan Ella secara solo di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai lalu mendapat sambutan cukup memberangsangkan.
Menyedari hakikat ini, Awie Entertaiment Sdn Bhd dan Red On Black sepakat untuk menganjurkan konsert julung-julung kalinya ini. Lebih istimewa, konsert yang dijadualkan pada 15 Oktober hadapan ini bakal diadakan di luar Kuala Lumpur iaitu di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang.
Mengulas tentang pemilihan lokasi tersebut, Awie memberitahu mereka sepakat memilih Kuantan, Pahang kerana merasakan jarang terdapat penganjuran konsert di negeri Pantai Timur itu.
“Kami yakin ramai peminat yang akan datang memberi sokongan. Kalau ikut pengalaman lalu, peminat di sebelah Pantai Timur sama hebat dengan peminat-peminat kami di tempat lain. Saya percaya, konsert Red On Black itu nanti akan mengukir kejayaan seperti konsert-konsert kami yang lain. Lebih-lebih lagi konsert kali ini turut disertai oleh Ella,” ujar Awie yang menaruh harapan Red On Black bakal menjadi sejarah.
Berkongsi tentang perancangan untuk konsert itu, Awie memberitahu dia dan rakan-rakannya telah bersetuju untuk mengembalikan kegemilangan irama rock pada zaman 80-an pada malam konsert itu nanti.
“Konsert ini akan mengambil masa kira-kira dua jam setengah, dan kami ingin mengembalikan kegemilangan irama rock pada tahun 80-an pada malam itu nanti. Lebih 25 buah lagu hits daripada Wings, Search dan Ella akan diperdengarkan kepada peminat yang hadir. Kami akan buat yang terbaik untuk pastikan semua pihak puas hati,” jelas Awie lagi.
Sementara itu, Ella yang turut hadir dalam sidang media konsert itu memberitahu dia berasa cukup berbesar hati kerana dapat berkongsi pentas dengan dua nama besar dalam industri muzik itu. Jelas Ella, walaupun dia hanya artis undangan, tetapi dia mahu lakukan yang terbaik demi peminat yang datang memberi sokongan.
“Buat masa ini Ella belum lagi memilih lagu-lagu yang bakal dipersembahkan. Rasanya Ella akan gabungkan lagu-lagu hits dari tahun 80-an, 90-an dan terkini. Bukan apa, Ella percaya mesti peminat yang hadir nanti terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Jadi, lebih baik Ella puaskan hati semua orang,” ujar Ella yang akan memulakan latihan secara solo dalam sedikit masa lagi.
Bagi yang berminat untuk menyaksikan tiga Lagend Rock ini beraksi, jangan lupa dapatkan tiket konsert ini sebelum kehabisan. Tiket konsert ini cuma berharga RM57. Tiket-tiket boleh didapati di 1malaysiaticket.com dan Viva Sport Sdn Bhd sekiranya anda berada di Lembah Klang.
Bagi yang berada di Kuantan, Pahang, tiket boleh dibeli di kaunter Stadium Darul Makmur, Hotel Seri Malaysia (010-2134170 – Amizol), PM Telecomunication (09- 5143888), Restoran Kampung Tengah (09-5138103 - Jamil), dan Sinar Entertainment (09-5146977 –Rosdi).
Related Posts with Thumbnails