Thursday, April 8, 2010

Pemergian Din Beramboi Masih Dirasai


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2010 : Kalau dihitung dengan jari, sudah genap 6 hari, Allahyarham Din Beramboi atau Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, meninggalkan kita semua.

Namun, entah kenapa, suaranya seperti masih kedengaran di radio Era FM dan kelibatnya pula seperti masih tertera di kaca televisyen terutama di saluran Astro Warna.

Usahkan dari keluarga terdekat, saudara mara, sahabat handai serta rakan seperjuangannya, rasanya semua orang pun masih sukar untuk menerima hakikat pemergian insan seni ini yang seringkali membuatkan kita ketawa dan happy sepanjang masa dengan lawaknya yang spontan, gila-gila dan mencuit hati ini.

Menerusi beberapa artikel tentang kematian arwah Din Beramboi yang pernah kami siarkan sebelum ini, portal hiburan murai.com.my sendiri telah menerima beratus-ratus komen daripada peminat yang tidak putus-putus memberikan ucapan mengucap takziah buat keluarga Allahyarham.

Tidak kurang juga yang menyuarakan kesedihan dan kerinduan mereka terhadap arwah Din Beramboi dan tidak kurang juga yang mendoakan kebahagian Allahyarham setelah berada di alam sana (alam barzakh).

Artikel berkaitan Allahyarham juga adalah di antara artikel yang mendapat hits paling tinggi sepanjang murai.com.my beroperasi selama 2 tahun lebih. Terima kasih buat pembaca dan komuniti GengMurai yang terus setia melayari portal hiburan Melayu ini.

Krew murai.com.my difahamkan pihak pengurusan di radio Era FM sendiri turut menerima beribu-ribu panggilan daripada peminat dan sampai ke saat ini pun akaun facebook arwah Din Beramboi sentiasa dilawati oleh ribuan peminat setianya.

Semua ini membuktikan bahawa Allahyarham adalah seorang insan seni yang sangat disenangi dan disayangi oleh kita semua. Bagi mengenang jasa dan pemergian arwah, krew murai telah menyiapkan sebuah video tribute yang dicipta khas untuk arwah. (Tonton video)

Malah, krew murai.com.my juga sempat mewawancara isteri Allahyarham Suhaini Che Man.

Kata Suhaini, perasaan sedihnya kini sudah pun beransur pulih. Lebih-lebih lagi selepas menerima sokongan moral dan maklum balas yang baik dari semua keluarga, kenalan serta peminat Allahyarham.

"Sehingga kini, akak masih menerima ucapan takziah menerusi panggilan dan SMS daripada orang yang tidak dikenali. Bermacam-macam cerita yang akak dapat. Kebanyakan mereka memuji sikap arwah sewaktu dia masih hidup.

"Kadang-kadang akak berasa terharu melihat maklum balas dari peminat arwah. Mereka sangat prihatin dan baik hati. Masa hari pengkebumian pun, akak lihat ramai sangat yang datang melawat.

"Ada yang datang dari Johor dan bermacam-macam tempat semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir pada arwah," katanya kepada murai.com.my.

Krew murai.com.my juga sempat mendapatkan nombor akaun bank isteri arwah. Ia adalah untuk menunaikan hasrat segelintir peminat arwah yang mahu membuat sedikit sumbangan kepada keluarga beliau. Pada awalnya, isteri arwah agak keberatan untuk memberikannya kerana bimbang akan dituduh sebagai meminta-minta.

Namun, krew murai.com.my telah meyakinkan isteri arwah bahawa nombor akaun bank ini adalah di atas permintaan daripada peminat arwah sendiri . Berikut adalah nombour akaun bank isteri arwah:-


Akaun Maybank

Nama : Suhaini Che Man
Nombor: 5-14392-10326-8



* Teks Di petik dari Murai.com.my



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails