Monday, May 31, 2010

Noh Jawab Isu 'Awak Busuk'






“Karyawan yang gila je tak hargai peminat dia.”
Begitulah respon Noh atau nama sebenarnya
Mohammad Noh Salleh
apabila ditanya mengenai sikap
biadapnya menulis ‘Awak busuk’
kepada seorang pelajar wanita di sebuah majlis anjuran
Fakulti Seni Reka dan Bentuk,
kursus Diploma Teknologi Fotografi di UNISEL.

Kejadian 29 April lalu telah menimbulkan ketidakpuasan
hati warga universiti terbabit sehingga seorang wakil pelajar
tampil di Melodi dan akhbar B*Pop untuk menceritakan
hal sebenar.

“Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau
dengan orang macam itu.
Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap.
Saya boleh tulis yang lain,” ujar Noh ketika ditemui di sesi
rakaman Muzik-Muzik baru-baru ini.

Bagi vokalis kumpulan Hujan ini, dia menganggap apa yang
berlaku sebagai satu isu kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Saya bergurau je. Kelab peminat Hujan sendiri,
Raingers pun gelak bila dengar isu ini.
Orang dah tahu Noh macam mana.
Noh nak buat peminat serapat yang boleh dengan Noh.
Saya nak orang selesa dengan saya. Itu cara saya.
Silap saya buat macam itu dekat orang yang salah.”

Difahamkan, Noh telah dijemput oleh warga universiti
terbabit untuk menghadiri satu ‘screening’ yang turut dihadiri tokoh
perfileman negara,
Senator Tan Sri Dr. Jins Samsudin, Datin Paduka Shuhaimi Baba,
Datuk Yusof Haslam dan Dato' Siti Nurhaliza.

Selain menulis ‘Awak Busuk’ ketika sesi tandatangan,
pelajar berkenaan turut memberitahu Noh telah menyebut
"Girls kat sini tak cantik, tak cun" pada hari kejadian.
Ekoran perbuatan Noh yang dianggap biadap dan keterlaluan itu,
warga kampus terasa terhina dan meminta Noh tampil memohon maaf
secara terbuka kepada mereka.

“Saya boleh minta maaf tapi itupun sebelum dia keluar dekat televisyen.
Perkara ini boleh dibawa berbincang. Dah buat komen macam itu,
tak kan saya nak minta maaf.

“Jika mereka datang jumpa Noh, Noh akan minta maaf,
tapi mereka tak datang sendiri jumpa Noh,”
tegasnya yang nekad tidak akan meminta maaf kepada
pelajar kampus terbabit.

“Lebih baik saya buat kerja kat studio dari layan benda macam ni.
Saya buat kerja saya je. Biarlah orang menilai saya.
Ada masa kita boleh balas, ada masa tak payah.
Saya bukan ahli politik yang nak memenangi hati orang, saya hanya
ahli muzik yang nak main muzik.’

Terkilan dengan media
Apabila ditanya apa komen Noh mengenai pelajar kampus terbabit
yang tampil ke media untuk bercakap mengenai isu ini,
Noh menjawab, “Tak sangka ada peminat yang anggap diri mereka
macam ‘rock star’, nak dilayan macam VIP.

"Bagi Noh, orang yang nak dilayan sebegitu hanya
nak publisiti murahan.
Selamat berjaya kerana awak dah glamor masuk televisyen.
Benda itu akan makan diri dia balik satu hari nanti.”

Kelakuan Noh yang dianggap ‘gila-gila’ ini
sedikit sebanyak telah menjejaskan nama
band Hujan sendiri.
Salah seorang ahli kumpulan,
AG memberitahu mereka memang sudah kenal dan
biasa dengan perangai Noh.

“Siapa tak kenal Noh macam tu.
Cara dia memang macam tu bila nak kawan dengan orang.
Dari dulu lagi dalam band perangai dia memang macam tu.
Kami tak nak masuk campur.
Benda ini biarlah dia sendiri yang fikir.”

Noh turut melahirkan rasa terkilan kerana ada
media yang mengeluarkan cerita ini tanpa
bertanyakan hal sebenar
kepadanya terlebih dahulu.

“Ada media yang dah keluarkan cerita ini dan
hentam saya tanpa tanya saya terlebih dahulu.
Itu yang Noh malas nak bagi komen.
Dari dulu Noh dah perasan, orang yang bercakap pasal Hujan,
mereka tak kenal Noh.

“Lebih baik saya jadi diri saya sendiri.
Dengan apa yang berlaku, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.
Apa yang boleh saya katakan, tanpa peminat siapalah Noh,”
ujarnya mengakhiri perbualan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails