Yang pertama sekali, gambar di atas di ambil dari twitter Fasha Sandha. Sebelum di ulas panjang lebar, kepada Fasha Sandha, ingat kata-kata ini “what goes around comes around”. Jadi siapakah artis wanita yang di maksudkan Fasha Sandha itu? Jeng jeng jeng… klu nya ada pada gambar header dan juga pada gosip-gosip yang di ambil dari berita di bawah ini:-
Metro – 3/05/2010 – Ajak Kekasih Kawan Tidur
“BERUNTUNG sungguh artis cantik ini. Gara-gara selalu bawa watak gadis baik, ramai yang suka dan jatuh hati dengannya. Jangan kata lelaki, ramai makcik-makcik cakap pelakon ini miliki ciri-ciri menantu pilihan. Pendek kata semuanya kerana watak yang pernah dilakonkan.Berita Harian – 2/6/10 – Normah Becok
Bukan nak mengata tetapi hakikatnya dia tidaklah sebaik yang disangka. Sama seperti anak gadis sosial lain, dia yang dibesarkan di bandar besar sering menghabiskan masa di kelab dan tidak kekok menogok arak. Sejak dikenali, dia berkawan baik dengan seorang pelakon wanita popular. Boleh dikatakan selalu jugalah mereka lepak di kelab sama-sama. Bagaimanapun baru-baru ini dia ke kelab sendirian dan kira-kira jam 4 pagi dia menghubungi teman lelaki rakan baiknya itu. Banyak kali dia mencuba sehinggalah panggilan itu dijawab. CAK diberitahu dalam keadaan mabuk, dia minta teman lelaki sahabatnya itu datang menemaninya. Bukan main lagi dia memujuk rayu jejaka itu dengan alasan takut sendirian. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya cukup menggoda bahkan dia mempelawa jejaka itu tidur dengannya. Hairan dengan sikap pelakon itu, jejaka berkenaan cepat-cepat menolak dan meletakkan telefon. Baginya jika pelakon itu gadis yang baik, pasti tidak tergamak ajak kekasih sahabat jadi teman tidur. Bila tahu perangai sebenar pelakon ini, teman baiknya anginlah satu badan. Dia sama sekali tidak menyangka teman yang dipercayai itu sanggup menikamnya dari belakang. Kut iya pun gersang, fikir-fikirlah sikit. Opps! Orang mabuk mana boleh fikir lagi, kan? Lainlah kalau nak jadikan sebagai tempat mengadu masalah. Bukan pelakon ini tidak tahu rakannya itu cukup menyayangi jejaka berkenaan malah sanggup berdepan dengan apa saja dugaan demi cinta. Itulah lain kali jangan mudah terpedaya dengan wajah yang ‘baik’. Kalau tidak masakan wujud pepatah, air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. CAK tidak terkejut dengan cerita ini kerana sebelum ini pun sudah tahu warna sebenar pelakon ini. Malah kalau perasan pernah CAK cuit perlakuannya dalam kolum panas ini”
“KETIKA Cik Normah sedang asyik menerima rawatan memanjakan diri di sebuah pusat sehenti kecantikan, Lara Kirana Manja menghubungi Cik Normah untuk berkongsi kisah panas. Tapi mohon Lara Kirana, dia tidak mahu nama si polan yang dimaksudkan disebut di dalam ruangan ini.Jadi dah dapat teka siapakah artis wanita tersebut? Kalau tak dapat lagi, korang boleh tanya Fasha Sandha, Almy Nadia, Fizz Fairuz tak pun tanya Jejai je. He Hee…
Ceritanya begini, dalam diam rupa-rupanya seorang pelakon jelita yang semakin popular kebelakangan ini memasang jerat untuk memikat hati seorang duda yang menjadi rebutan ramai. Tapi dalam hal macam ini, Cik Normah tak pasti, pelakon itu yang mengurat atau dia digoda duda terbabit.
Iyalah, pelakon itu memang digilai ramai apatah lagi sejak ada drama yang dilakonkannya meninggalkan impak cukup besar dalam kerjaya seninya. Menurut Lara Kirana, si duda yang diketahui sedang intim dengan seorang pelakon jelita, sudah memberikan sebuah kereta untuk si pelakon cantik tadi.
Ok… Korang nak tawu tak sape artis pompuan yang dimaksudkan???
Lara dapat tahu si duda terbabit ada membuat pinjaman sejumlah wang untuk membelikan kereta itu. Setahu Cik Normah, pelakon yang pernah memegang watak baik dalam sebuah drama itu memang kaki berpeleseran. Tapi dalam hal itu, Cik Normah tak nak cakap apa-apa, hak peribadi masing-masing.
Cik Normah tak dapat bayangkan kalau pelakon jelita yang digosipkan mempunyai skandal dengan duda itu bertemu dengan pelakon ini. Silap hari bulan, berlaku adegan tarik rambut. Maklumlah kedua-duanya berambut panjang. Sedap juga nak tarik rambut.
Menariknya, dalam sebuah drama yang disiarkan baru-baru ini mereka ada berlakon sekali, siap ada adegan bersama lagi. Tapi Cik Normah yakin ketika itu, hal yang baru dikongsi Lara ini belum berlaku. Lara dalam perbualannya juga masih sempat berkongsi kisah lain yang berkaitan dengan pelakon jelita yang dimaksudkan itu.
Dalam diam, pelakon itu ada hati terhadap seorang pelakon lelaki yang pernah digandingkan dengannya. Boleh tahan gatal juga pelakon ini. Nak dijadikan cerita, hal ini diketahui kekasih pelakon itu (juga seorang pelakon) hingga membuatkan dia naik berang dan nak mengamuk.
Kata Lara, pelakon itu boleh SMS kepada pelakon lelaki terbabit sekitar jam 4 pagi. Macam-macam sekarang. Dulu lelaki suka kacau perempuan. Tapi sekarang, sudah macam kebiasaan kalau perempuan kacau lelaki. Suami atau kekasih orang pula.”
0 comments:
Post a Comment