Friday, June 25, 2010

Aishah Nikah di Thailand



Penyanyi popular 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah hari ini mengakui yang dirinya kini isteri kepada Faizal Sazali Zulkifli, seorang duda beranak enam. Aishah telah bernikah dengan pasangannya itu di Narathiwat, Thailand pada 30 April lalu. Pernikahannya itu bagaimanapun tidak maklumkan kepada pihak media.

Namun, ia dapat dihidu apabila Aishah memuat-turun gambar pernikahannya di laman sosial Facebook miliknya. Dalam laporan sebuah akhbar hari ini, Aishah memberitahu dia dan suami terpaksa bernikah di sempadan Thailand kerana suaminya belum mendapat surat cerai. Dalam masa yang sama, Aishah juga menafikan perceraian suaminya dengan bekas isteri ada kena-mengena dengan dirinya.

Ini adalah perkahwinan ketiga Aishah. Sebelum ini dia pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Singapura sebelum berkahwin semula dengan lelaki warga New Zealand pada September 1997. Hasil perkahwinan kedua, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Selain itu, Aishah juga mempunyai seorang anak angkat berusia 16 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails