Tuesday, June 15, 2010

Apa Dah Jadi Saiful Apek?




Rata-ratanya sudah sedia maklum identiti pelakon komedi berusia 41 tahun yang telah ditangkap malam kelmarin atas penyalahgunaan dadah.

Ada yang terkejut dan kecewa, ada juga yang tidak hairan apabila Saiful Apek didedahkan sebagai individu yang ditangkap bersama lima rakan lain di kondo miliknya di Bandar Sunway. Semuanya didapati positif mengambil ganja dalam ujian saringan awal air kencing. Ditemui bersama mereka 40 gram ganja.

Saiful merupakan anggota kedua Senario yang telah ditahan kerana dadah. Sembilan tahun lalu, Yassin telah dicekup polis apabila disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine.

Ayah kepada dua anak lelaki remaja ini kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu dalam siasatan.

Pernah menjulang gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2003, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerjaya Saiful semakin merudum. Ada yang melihatnya sebagai kesan daripada kemunculan pelawak-pelawak generasi baru seperti Nabil dan Zizan.

Baru-baru ini, Saiful telah menemui peminat melalui filem 'Kecoh Betul', membawa watak pembantu disamping Nabil, selaku teraju utama.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails