Friday, June 18, 2010

Katy Perry Akan Beraksi Di Malaysia



Sekali lagi, Malaysia menjadi tuan rumah kepada acara MTV World Stage yang akan berlangsung pada 31 Julai ini bertempat di Sunway Lagoon Resort. Konsert ini akan membariskan persembahan daripada Katy Perry, Tokio Hotel, The Wonder Girls dan Bunkface.

Dijangka seramai 15,000 peminat akan menghadiri konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2010 itu. Rakaman konsert tersebut akan disiarkan di saluran MTV S.E.A. pada 21 Ogos, jam 9 malam.

Peminat boleh memperolehi pas masuk ke MTV World Stage Live In Malaysia 2010 dengan menjawab beberapa soalan mudah di http://worldstage.mtvasia.com dari sekarang sehingga 17 Julai. Para pemenang akan dihubungi pihak MTV pada minggu 18 Julai.

Pas-pas ini boleh juga didapati apabila anda menyertai acara 'on-ground' di concourse Sunway Pyramid Shopping Mall pada 17 and 18 Julai, diantara pukul 12 tengah hari dan 6 petang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails