Sunday, June 20, 2010

Siti Nurhaliza: Belum Lagi Ada Tanda Hamil



Semuanya berpunca daripada kenyataan Dato' Siti Nurhaliza yang memberitahu mahu bercuti panjang daripada aktiviti seni. Ekoran daripada itu, terdengar desas-desus yang mengatakan Siti kini berbadan dua dan mahu mengurangkan aktiviti seni bagi menjaga kandungannya.

Berkesempatan bertemu dengan penyanyi yang popular dengan lagu "Bukan Cinta Biasa" dan "Nirmala" itu, sejurus selepas dia menghabiskan proses rakaman program raya 'Lebaran Diva Dato' Siti Nurhaliza' di Astro, Bukit Jalil malam Khamis lalu, persoalan mengenai perkara tersebut segera diutarakan.

Siti, yang sememangnya sudah terbiasa dengan isu tersebut, sambil tersenyum memberitahu buat masa ini dia belum hamil. Malah dia mengambil keputusan untuk bercuti panjang bukan kerana hamil, sebaliknya mahu berehat sempena kehadiran bulan Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi.

"Buat masa ini belum ada tanda-tanda lagi. Kalau betul saya mengandung, saya akan beritahu kepada semua. Jangan bimbang. Saya mahu bercuti panjang kerana pada bulan Ramadhan biasanya saya mengambil kesempatan itu untuk beribadah dan menunaikan umrah. Malah semua program raya juga saya habiskan awal supaya ia dapat memudahkan saya menyusun aktiviti dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails