Saturday, August 14, 2010
Rossa Ingin Berbuka Puasa Dengan Bekas Suami
BULAN Ramadan kali ini, Penyanyi Rossa menjalani ibadah puasanya tanpa suami di sisi. Namun begitu, penyanyi bersuara merdu ini mahu berpuasa dengan khusyuk seperti tahun-tahun sebelumnya.
Rossa bersyukur kali ini, ibadah puasa berjalan tanpa sebarang gangguan kesihatan. Dia hanya mengeluh kerana kurang tidur.
"Walaupun kurang mendapat tidur yang cukup, saya tidak mahu tidur waktu siang pada bulan mulia ini. Lebih baik saya bekerja dari tidur seharian di rumah," katanya.
Dalam pada itu, bulan Ramadan ini juga dimanfaatkan dengan menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya Yoyo 'Padi'. Meskipun sudah bercerai, Rossa tidak mahu hubungannya dengan ayah anak-anaknya berakhir dengan prasangka buruk.
Rossa juga merancang untuk berbuka puasa bersama bekas suaminya itu.
"Kalau ada peluang untuk berjumpa Yoyo, saya ingin bawa anak saya makan bersama-sama seperti dulu, Insyaallah kami akan berbuka puasa bersama nanti," ujar ibu kepada Rizki Langit Ramadhan ini.
Selain itu, Rossa turut memberitahu agar segala doa pada bulan Ramadan ini dimakbulkan terutamanya terhadap rezeki dan mendapatkan jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Labels:
Gossip Artis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment