Tuesday, September 7, 2010

Datuk Sosilawati Lawiya Pengasas Nouvelle Visages Hilang?



Kehilangan Misteri Datuk Sosilawati Lawiya yang masih menjadi misteri kehilangan beliau bersama tiga individu yang mempunyai hubungan dengan beliau dalam perniagaan menjadi tanda tanya orang ramai. Apa yang aku tahu Laporan yang telah dibuat oleh anak mangsa yang juga merupakan pembantu beliau dalam Syarikat yang dimiliki beliau. Namun hingga kini tiada berita mahupun khabar diterima mengenai beliau.


[image[4].png]

Kalau ikutkan laporan seolah-olah ada unsur jenayah seperti penculikan. Namun itu belum pasti lagi walau bagaimana pun pihak polis telah melakukan siasatan dan keterangan telah diambil dari 3 individu setakat ini iaitu Anak beliau dan 2 isteri mangsa. Selain daripada itu menurut cerita ada yang mengatakan beliau membawa wang berjumlah Jutaan ringgit yang berkemungkinan untuk urusan pembelian tanah (Agak musykil kenapa harus bawak secara tunai?)

Entahlah siasatan masih dijalankan dan diharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai beliau diharap dapat menghubungi Balai Polis yang berdekatan. Dah dekat Hari Raya ni..kesian pulak dengan anak-anak beliau beraya tanpa emak diaorang. Aku malas nak celoteh lebih panjang kang banyak pulak aku tokok tambah, apa-apa pun nanti aku updatekan yang terkini kisah kehilangan misteri Datuk Sosilawati ini. Aku harap tindakan dari pihak berkuasa perlu dibuat dengan segera sebelum terlambat..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails