Friday, September 17, 2010

Kumpulan K-Pop Wanita Makin Seksi?




14 SEPT 2010: Sejak kebelakangan ini, suarapeople rasa segan nak tengok persembahan atau video muzik penyanyi-penyanyi K-Pop Korea, terutama kumpulan wanita. Bukan apa, kebelakangan ini suarapeople tengok, terlalu banyak sangat imej seksi terlampau yang dipamerkan kumpulan-kumpulan baru dekat sana. Kumpulan yang sedia ada pula, dari imej sopan terus berubah ke imej seksi sebab kononnya nak bersaing dengan kumpulan-kumpulan baru.

Tidak kira samada dari segi pemakaian atau lirik lagu yang berunsur provokatif, bermacam gaya telah digunakan semata-mata memastikan mereka dapat bersaing dan meraih populariti dalam industri hiburan Korea yang besar itu.

Baru-baru ini pula, suarapeople terkejut dengan penampilan Hyuna dari 4Minute ketika membuat satu persembahan yang ditonton ramai golongan umum. Dalam persembahan itu, Hyuna telah duduk di atas sebuah kerusi dan kemudian membuka belahan kakinya. Sudahlah pakaian seksi tak ingat, tarian pula erotik, ditambah imej macam ini, langsung tak kena dengan umurnya yang baru mencecah 18 tahun dan masih menuntut di sekolah tinggi. Murai Batu pasti ramai yang terlupa nak tutup mulut tengok persembahan Hyuna tu, sehingga pihak penyiaran terpaksa memotong babak berkenaan.

GP Basic, sebuah kumpulan baru yang purata umur mereka sekitar 15 tahun pula, muncul dengan lirik lagu "I steal your two eyes and heart. You're already mine. Just look at me," dan ditambah pula dengan gaya persembahan yang kelihatan mereka ni sangat-sangat kemaruk cinta, mesti ramai audiens yang tak sedar yang mereka ini hanyalah pelajar sekolah menengah dan yang sorang tu, sekolah rendah pun tak habis lagi.

suarapeople akui memang meminati muzik dan imej comel mereka, tapi dengan penambahan imej yang tak sedap pada mata suarapeople memandang, agak terkilan jugak rasa hati ini. Kelihatan mereka ini bukan lagu menjual bakat, tapi menjual rupa dan bentuk badan untuk tatapan umum. Berbanding kumpulan seperti Wonder Girls dan 2NE1 yang memfokuskan pada keunikan warna dan satil mereka, kebanyakan kumpulan hari ini memberi fokus tetang bagaimana untuk kelihatan seksi.

Persoalannya, benarkah imej seksi dapat membantu mereka menuju ke puncak kejayaan? Perkara ini mendapat pandangan berbeza golongan-golongan profesional muzik di Korea. Seorang wakil dari Music Core, peneraju program hiburan televisyen di sana berkata: "Kumpulan penyanyi wanita kini menerima tumpuan lebih banyajk dari kumpulan lelaki di sini, jadi persaingan mereka teramat sengit. Untuk bersaing, imej seksi menjadi 'senjata' utama mereka meraih spotlight".

Berbeza pula dengan pandangan dari wakil Music Bank:"Imej seksi keterlaluan mereka sebenarnya tak banyak membantu dari segi memberi pengaruh dan menaikan rating penonton. Sebaliknya perkara ini menjadi isu besar dengan tindakan sebahagian penonton dan peminat yang mengambil gambar mereka, kemudian dimuat naik pada laman sosial internet atau blog. Dari situ bermulalah perbincangan dan kemudian menjadi topik besar untuk diperbualkan masyarakat seterusnya menjadikan kumpulan itu lebih popular.

Perkara ini mengingatkan suarapeople kepada Brown Eyed Girls, mereka ni memang diketahui umum mempunyai bakat nyayian yang bagus namun hanya mula mengecapi populariti selepas mempamerkan imej seksi dan erotik dalam video muzik Abracadabra tidak lama dulu.

Huh, begini rupanya cerita. Kalau dulu aset penting untuk sukses dalam kerjaya muzik mesti bersandarkan pada rupa, sekarang bentuk badan dan imej seksi juga memainkan peranan penting. Itu belum kira lagi dari segi bakat nyanyian, jangan ada penyanyi kat Malaysia yang terlebih exposed body untuk cari makan sudah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails