Saturday, September 18, 2010

Pelakon Veteran M.Rajoli Meninggal Dunia

M.Rajoli atau nama sebenarnya Haji Mohd Rajoli Mohamed Zin meninggal dunia di Hospital Ampang pukul 10.45 malam tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-paru, tekanan darah rendah dan masalah jantung.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hassemah Md Din, 55 tahun dan Hajjah Wan Chik Daud, 70 tahun dan empat orang anak, Siti Zaleha, 34 tahun, Nur Muhammad, 33 tahun, Siti Nazirah, 27 tahun dan Mohd Ariff, 23 tahun.

Allahyarham berusia 65 tahun.

Dilahirkan di Kampung Kasar, Pasir Mas, Kelantan, Allahyarham yang menderita akibat penyakit limfoma (kanser kelenjar di bahagian otak) pernah menjalani pembedahan pada 11 November, 3 tahun lalu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Aqram, Keramat bagi urusan penghormatan terakhir. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato’ Keramat pada hari Sabtu pukul 11 pagi, sebelum solat Zohor.

Berada di sisi sewaktu Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ialah isteri pertama, adik-beradik dan anak-anaknya.

Menerusi watak Sazali, beliau memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 15. Antara filem yang dibintanginya adalah Oh Fatimah, Idola, Diari Romeo, Rabun, Congkak dan yang terakhir Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Namanya juga cukup popular menerusi drama yang disiarkan di stesen televisyen tempatan. seperti Pengantin Popular dan Liang Lahad.

Al-Fatihah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails