Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) menang besar pada pilihan raya kampus  Universiti Malaya (UM) sesi 2010/2011 selepas menumpaskan seteru utama,  Penggerak Mahasiswa UM yang diadakan pada Isnin.
UM merupakan institusi pengajian tinggi awam yang sentiasa menjadi perhatian setiap kali pilihan raya kampus diadakan.
Dengan memenangi 23 kerusi fakulti dan membolot semua sembilan kerusi  umum yang dipertandingkan telah menjadikan kumpulan Penggerak Mahasiswa  UM hilang penguasaan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi ini di  kampus berkenaan.
Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan dengan 32 fakulti dan sembilan umum pada pilihan raya kali ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira pukul 5 petang kemarin.
Dalam pada itu juga, beliau memberitahu, calon pilihan raya Masturah  Abu Bakar yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu turut menang  pada pemilihan di peringkat fakulti universiti itu.
Baru-baru ini kecoh apabila Pro-M bertindak kasar dengan menyerbu dan  memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa untuk berjumpa dengan Timbalan  Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Rohana  Yusof selepas tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa tidak  dibenarkan bertanding pada peringkat awal dan membantah penggunaan  sistem e-undi pada pilihan raya pada tahun ini.
Kekecohan itu berlanjutan apabila calon Pro-M, Masturah seorang  pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam dilaporkan hilang pada petang  Sabtu ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam  yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.
Tuesday, February 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 

0 comments:
Post a Comment