Showing posts with label SuaraPolitik. Show all posts
Showing posts with label SuaraPolitik. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Saya tolak budaya video lucah - Wardina


(Wardina menunjukkan isyarat tolak budaya kotor menyebarkan video lucah semalam)


KUALA LUMPUR: Penyebaran video lucah mutakhir ini telah mengundang ketakutan di kalangan ibu bapa apabila ia sudah dilihat sebagai satu budaya yang boleh menjejaskan akhlak dan masa depan anak-anak.


Ketakutan ini turut dirasai oleh Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah yang merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka.


Wardina yang ditemui selepas sidang media membantah penyebaran video lucah oleh parti lawan Pakatan Rakyat dalam media khasnya facebook dan youtube.


"Saya takut keruntuhan akhlak yang semakin serius, saya banyak turun padang jumpa dengan NGO, jumpa dengan budak-budak yang bermasalah, kita banyak jumpa dengan orang seperti, jadi kita lihat mereka ini," katanya.

Ekoran inilah katanya, peranan pemimpin teramat penting dalam menyekat perkara-perkara yang boleh mengundang kemaksiatan dan budaya penyebaran video lucah di kalangan generasi muda hari ini untuk kepentingan politik masing-masing.

Wardina percaya semua rakyat mahukan seorang pemimpin yang berakhlak, bersih, amanah, jujur dan baik akhirnya melahirkan generasi yang baik dan bebas daripada budaya lucah seperti ini.

"Baru-baru ini saya 'postkan' di Facebook saya mengatakan kita sudah mempunyai bangunan yang tinggi dalam masa yang sama kita perlukan pemimpin dan juga masyarakat berakhlak yang tinggi ini sangat diperlukan," katanya ketika ditemui dalam sidang media Ngo Wanita Membantah Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU 13.

Malah katanya, sebuah negara yang maju mempunyai masyarakat yang menyintai ilmu walaupun berbeza ideologi tetapi semua ada matlamat yang sama iaitu sayangkan Malaysia.

"Kita mampu duduk semeja dengan pihak lawan menyatakan pandangan masing-masing iaitu saya tidak bersetuju dengan awak tetapi kita boleh jadi kawan.

"Tetapi hari ini tidak boleh duduk semeja, bahkan caci mencaci, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, benci membenci...'very bad'!.

"Saya tidak mahu anak-anak saya dibesarkan dalam masyarakat seperti ini(terdedah kepada video lucah), maka saya memperomosikan akhlak yang baik berkempen untuk berakhlak baik tidak kira di pihak mana," ujarnya.

Wardina turut melahirkan harapan agar mana-mana pemimpin negara yang bakal mewarisi negara selepas ini bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan masalah sosial yang sangat tenat.

Dan agenda utama serta harapannya sebagai seorang ibu, Wardina meminta pemimpin ini benar-benar memberi tumpuan penuh dan ini sangat penting sebagai agenda utama bagi memperbaiki sosial dan akhlak rakyat.


(Wardina bercakap dengan wartawan semalam)


"Pembangunan kita sudah banyak dan berkembang malangnya pembangunan insan dan akhlak tidak selari dengan pembangunan negara.

"Pembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya pemimpin tidak ada keikhlasan, dan tiada cintakann kepada ilmu. Selagi mana kita suka dengan benda yang remeh temeh, hiburan yang lampau, fitnah memfitnah, kita tidak akan jadi masyarakat yang maju.

"Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya mentaliti kita seperti ini. Kita ada macam-macam di Malaysia ini, cuma kita harapkan pemimpin yang beramanah," tambah beliau.

Justeru, beliau percaya penyebaran budaya lucah di kalangan masyarakat hari ini bagi melekakan pemikiran masyarakat agar mereka melupakan agenda sebenar negara.

"Masyarakat tumpukan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya diambil kira seperti hari ini, semua pakat fokus kepada video lucah ini.

"Siapa yang buat, siapa yang sebar, Saya tidak peduli, saya hendak jaga masa depan anak-anak saya. Anak-anak saya membesar dalam masyarakat apa? Saya seorang ibu dan mahukan anak-anak saya membesar di dalam negara ini dengan akhlak yang mulia," katanya.

 

jom kita lihat video ini...

 

Thursday, April 11, 2013

Aishah Bertanding Untuk Parlimen Jempol (PRU13)

Screen Shot 2013-04-09 at 10.43.32 PMKalau sebut tajuk lagu “Janji Manismu”, tipulah kalau anda cakap anda tak tahu lagu tu kan?


Dinyanyikan oleh Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, beliau bakal mencatat satu lagi sejarah apabila ditawarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding mewakili PAS di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Beliau yang ditemubual oleh mStar Online memberitahu bahawa pemilihannya sebagai calon kali ini diharap dapat menjadi suara bagi golongan artis.

“Alhamdulillah satu amanah besar dari PAS Pusat untuk saya dan pengiktirafan kepada golongan artis. Saya menerima tawaran bertanding dengan harapan agar dapat sedikit sebanyak menjadi ‘suara’ bagi golongan artis.”

Aishah sebelum ini telah melanjutkan pengajian di sebuah universiti yang terletak di New Zealand dalam bidang sains politik.

Saturday, September 17, 2011

Video - Undilah (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)

Video - Undilah (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)



Sebuah Projek Kesedaran Sosial berbentuk Video Musik oleh Pete Teo demi menggalakkan tanggungjawap Mengundi. Lagu ini dipersembahkan oleh Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai anak Malaysia termasuklah @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.


more details : Undilah

Wednesday, July 13, 2011

Amnesty International : Jangan bentang permaidani merah untuk PM Najib


Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu.

Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK. Katanya pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.

Hujah Amnesty berdasarkan beberpa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Saturday, July 9, 2011

Puisi - Peludah Warna Oleh A. Samad Said

Peludah Warna by A Samad Said

 

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad


Peludah Warna


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.


Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.


Sunday, June 26, 2011

300 Peguam Telah Bersedia Bantu Peserta BERSIH

Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.


Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.

Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.

Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Monday, March 7, 2011

PRK Merlimau: Calon PAS Tak Mengundi,Yang Lain Jom Keluar Pengundi


Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, tidak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung pemilihannya pada Ahad kerana beliau bukan pengundi kawasan berkenaan.

Sebaliknya beliau dan isteri, Shakila Mohamad merupakan pengundi DUN Bemban yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Merlimau.

Keadaan itu, menyebabkan PAS kehilangan dua undi yang dilihat boleh menjejaskan peluang Yuhaizad memperoleh kemenangan.

Namun calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad memiliki kelebihan kerana beliau dan isteri, Zalifah Omar merupakan pengundi DUN Merlimau yang menunaikan tanggungjawab mereka di Sek. Keb. Merlimau 1, Merlimau Pasir kira-kira pukul 8.40 pagi Ahad.

PRK Kerdau: SPR Yakin Peratusan Keluar Mengundi Meningkat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin peratusan keluar mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau akan melebihi sasaran awal iaitu 80 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan terkini peratusan keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi iaitu sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.

"Sekarang masih awal, namun jumlah pengundi keluar mengundi sehingga kini sangat baik dan memberangsangkan.

"Dengan keadaan cuaca yang baik, saya yakin kita akan capai peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus," katanya selepas meninjau pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, Ahad.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di DUN Kerdau ialah seramai 8,999 orang.

Tuesday, February 22, 2011

Pilihan Raya MPP: Pro-Mahasiswa Rampas UM

Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) menang besar pada pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) sesi 2010/2011 selepas menumpaskan seteru utama, Penggerak Mahasiswa UM yang diadakan pada Isnin.

UM merupakan institusi pengajian tinggi awam yang sentiasa menjadi perhatian setiap kali pilihan raya kampus diadakan.

Dengan memenangi 23 kerusi fakulti dan membolot semua sembilan kerusi umum yang dipertandingkan telah menjadikan kumpulan Penggerak Mahasiswa UM hilang penguasaan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi ini di kampus berkenaan.

Saturday, February 19, 2011

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau Serentak Dengan Merlimau


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Wednesday, February 16, 2011

Dua Wanita Antara Enam Yang Dicadangkan Umno Kuala Krau Untuk DUN Kerdau


Dua wanita adalah antara enam nama yang dicadangkan oleh Umno Kuala Krau untuk dipilih pucuk pimpinan parti bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Ketua Umno Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, senarai itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob selaku Pengerusi Perhubungan Umno Pahang dalam tempoh yang terdekat.

"Kita akan menemui Menteri Besar untuk membincangkan calon yang layak bertanding nanti dan kita akan akur dengan calon yang bakal dipilih itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Bahagian itu, berkata antara lain mesyuarat tersebut membincangkan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Kerusi DUN Kerdau kosong selepas penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang mewakili BN meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Tuesday, February 15, 2011

PRK Merlimau - BN Umum Calon Merlimau 23 Februari Ini


Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 23 Februari ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyerahkan senarai nama calon tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan.

"Kita sedang memeriksa latar belakang semua nama-nama yang kemukakan, banyak yang layak, orang di sini, yang memang telah dicadangkan di peringkat bahagian Jasin," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dan perjumpaan dengan jentera BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau di Merlimau di sini, Isnin.

Friday, February 11, 2011

PRK Merlimau - Tujuh Nama Diserah Oleh Umno Jasin


Umno Bahagian Jasin telah mengemukakan tujuh nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang akan berlangsung, 6 Mac ini.

Ketuanya Datuk Ahmad Hamzah berkata senarai nama tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Kita telah kemukakan tujuh nama

Saturday, January 29, 2011

PRK,Pilihan Raya Kecil Merlimau 6 Mac - Penamaan Calon 26 Februari


ihsan dari google


LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh

Monday, January 24, 2011

Pilihan Raya Kecil Merlimau: Umno Jasin Kemukakan Tiga Nama Calon

Belum sudah Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Tenang, Kini hangat plak di Merlimau..wah3..dengar-dengar Umno jasin akan kemukakan 3 nama calon.wah..jom tengok sumber yang suarapeople dapat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Umno Bahagian Jasin mengemukakan tiga calon yang akan dipilih bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Beliau berkata, senarai pendek itu akan diserahkan kepadanya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk diputuskan.

Mengulas mengenai beberapa individu melobi untuk dinamakan sebagai calon, Mohd Ali berkata
Related Posts with Thumbnails