Saturday, July 9, 2011

Kelantan ( The Red Warriors ) mahu gegar Piala AFC pula

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan The Red Warriors akan menyertai Piala AFC 2012 sebagai juara Liga Super, malah sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat tiga pemain import dari beberapa negara tertentu yang sudah dikenal pasti bagi memperkuatkan pasukannya.

Kalau pun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 12 Julai ini mungkin menolak pemain import bagi Liga M musim depan, Kelantan tetap mahu membawa mereka hanya untuk Piala AFC, kerana Kelantan tidak mahu sekadar menjadi budak belasahan dan yang tidak mampu menyaingi lawan dengan persediaan yang tidak seberapa..



Mengenai khidmat Datuk M. Karathu yang cemerlang membawa Kelantan menjuarai Liga Super dan naib juara Piala FA: "Kami akan kekalkan beliau kerana kontraknya selama semusim dan bekas jurulatih, B. Sathianathan yang baru selesai menjalani penggantungan FAM, akan terus mengendalikan Akademi Bola Sepak Belia Kelantan Al Hambra (ARMY)."

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi menyifatkan panggilan Ong Kim Swee bagi menyertai skuad 39 pelatih Pilihan Malaysia menentang Chelsea sebagai medan menimba pengalaman baru dan bekerja lebih keras dalam memburu tempat pada perlawanan persahabatan 21 Julai itu.

Pemain tengah Kelantan yang tidak pernah menyarung jersi Harimau Malaya mahupun skuad bawah umur negara dalam karier bola sepaknya berkata, kepercayaan jurulatih skuad Kelayakan Olimpik itu turut membuktikan masih ada peluang bagi pemain berusia 28 tahun sepertinya asalkan sentiasa meningkatkan mutu permainan.

Badri merupakan antara 10 tonggak senior yang dipanggil di samping penjaring gol ke atas Manchester United 2009, Amri Yahyah; Hairuddin Omar yang menanduk gol tunggal ke atas Chelsea pada 2003 selain Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farizal Marlias, Rizal Fahmi Rosid, Joseph Kallang Tie, Ismail Faruqi Ashari dan Shahrulnizam Mustapa.

3 comments:

dkna said... [Reply to comment]

gomo klate gomo :)

ifwat said... [Reply to comment]

terbaik la kelate.. hhaaha

suarakomputer said... [Reply to comment]

semoga pejuangan kelate kekal juara selama-lamanya......

Gomo kelate Gomo.......

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails