Showing posts with label bola malaysia. Show all posts
Showing posts with label bola malaysia. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia antara Jepun dan Malaysia

Kim Swee yakin cipta kejutan



Ketua jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee tetap optimis dan mengharapkan anak buahnya melakar kejutan menjelang pusingan pertama kelayakan Olimpik menentang Jepun Rabu ini.

Persediaan rapi sejak Julai lalu oleh skuad Olimpik negara diharap membuahkan hasil, namun 10 perlawanan persahabatan dan siri jelajah ke Slovakia dilihat masih jauh belum mencukupi jikan dibandingkan dengan Jepun.

Jepun dilihat memiliki kelebihan berbanding Malaysia kerana jumlah perlawanan antarabangsa kelas A yang dilalui oleh mereka lebih banyak, namun bagi Kim Swee ia bukan alasan untuk pemainnya tidak beraksi dengan baik.

"Bagi saya, semua persediaan rapi sudah dibuat. Kini, tumpuan para pemain mestilah di dalam perlawanan dan segala pengalaman yang pemain miliki harus diterjemahkan di atas padang nanti," kata Kim Swee.

Disamping itu, skuad negara yang ketika ini sedang berlatih di Fukuoka bakal berhadapan perlawanan di dalam cuaca sejuk dan hujan lebat tetapi Kim Swee menegaskan faktor cuaca tidak akan mengganggu prestasi para pemainnya.

"Kami telah berlatih di dalam cuaca sejuk di Slovakia, kalau hujan di Malaysia pun sering hujan. Bagi saya, tiada alasan buat pemain bermain sambil lewa. Mereka perlu melakukan yang terbaik menentang Jepun nanti," tambah Kim Swee lagi.

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia antara Jepun dan Malaysia ini akan disiarkan secara langsung di Saluran ASTRO Supersport.

Friday, July 15, 2011

Harimau Muda bercita-cita sekat dominasi Jepun

Meskipun Skuad Malaysia terpaksa bersaing dengan gergasi Asia, Jepun dalam kelayakan Olimpik Asia, namun jurulatih Ong Kim Swee jelas begitu optimistik skuadnya mampu melakukan kejutan.

Turut bersama Malaysia dalam kumpulan C ialah Syria dan Bahrain, yang mana ada pihak berpendapat skuad negara bakal menerima cabaran sukar dan tidak ketinggalan ada juga yang menganggap mereka bernasib baik.

Apapun cabarannya, Kim Swee nyata mahu mengetepikan perasaan gusar dan gementar sebalikya menumpukan perhatian dalam memperkukuhkan corak permainan.

"Memang kami tahu, Jepun adalah pasukan terkuat Asia manakala Syria dan Bahrain juga banyak melibatkan diri dalam arena bola sepak antarabangsa. Pun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk kami berasa gementar.

"Untuk menjadi pasukan yang hebat anda tidak boleh memilih pasukan lawan. Untuk itu, kami harus fokus dalam satu demi satu perlawanan. Apa yang pasti, bertemu Jepun adalah tugas paling mencabar," katanya.

Kim Swee juga menjelaskan pihaknya tidak akan membuat perubahan besar bagi menghadapi saingan itu, sebaliknya hanya akan memanggil beberapa pemain baru dari pasukan negeri.

"Kami akan membuat pemilihan pemain baru pada 11 Julai ini untuk memperkukuhkan jentera. Kami tidak akan membuat perubahan besar lebih-lebih lagi kerana kesuntukan masa," katanya.

Salah seorang Jurulatih berpengalaman, Datuk M. Karathu, turut diminta mengulas mengenai kemampuan Malaysia untuk bersaing dengan juara Asia itu dalam kumpulan C. Ini komen beliau:

Saturday, July 9, 2011

Kelantan ( The Red Warriors ) mahu gegar Piala AFC pula

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan The Red Warriors akan menyertai Piala AFC 2012 sebagai juara Liga Super, malah sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat tiga pemain import dari beberapa negara tertentu yang sudah dikenal pasti bagi memperkuatkan pasukannya.

Kalau pun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 12 Julai ini mungkin menolak pemain import bagi Liga M musim depan, Kelantan tetap mahu membawa mereka hanya untuk Piala AFC, kerana Kelantan tidak mahu sekadar menjadi budak belasahan dan yang tidak mampu menyaingi lawan dengan persediaan yang tidak seberapa..

Thursday, June 30, 2011

Harimau Malaya sedia hadapi Taiwan

Ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim mengeaskan beliau bersama rakan – rakan telah bersedia untuk menghadapi Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

“Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” katanya.

“Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”

Sementara itu, ketua pasukan Taiwan Chen Yu Lian berharap perlawanan nanti akan menjadi seperti yang diharapkan oleh mereka.

“Misi kami ke Kuala Lumpur adalah untuk membawa pulang tiga mata sebelum membuat penentuan di laman sendiri Ahad ini,” katanya.

Monday, February 21, 2011

Olympic Qualifying : Malaysia-U23 vs Pakistan U-23


images kredit to : wawanfaiz.com



salam,tak sabar menanti perlawanan kelayakan olimpik perlawanan bola sepak diantara malaysia vs pakistan


mungkinkah malaysia mengekalkan rentak kemenangan selepas menang ke atas hong kong?


hohoh tak sabar nak tunggu live perlawanan malaysia vs pakistan nanti :)


Related Posts with Thumbnails