Sunday, August 14, 2011

Lee Chong Wei Bakal Juara - Bertemu Lin Dan Pada Final ?


Mungkin Lee Chong Wei Akan Bertemu Lin Dan Di Final Nanti ?


Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley di London semalam.

Beliau, yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan pilihan keenam Chen Jin dari China 21-13, 21-9.

Chong Wei mempamerkan permainan cemerlang pada set pertama termasuk melakukan beberapa pukulan kilas dan lintang yang mematikan gerakan Chen Jin.

Pada set kedua, Chen Jin cuba bangkit dengan mendahului 0-4 pada minit-minit awal permainan, namun Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan 7-7 dan terus menguasai permainan sehingga mata penamat.

Ini merupakan kali pertama Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu sepanjang bergelar pemain badminton profesional.

Beliau juga merupakan perseorangan negara pertama yang melakukannya selepas Wong Choong Han pada 2003.

Dalam perlawanan akhir esok, perseorangan nombor satu dunia itu akan bertemu pemenang perlawanan di antara pemain China Lin Dan (pilihan kedua) dengan Peter Hoeg Gade (pilihan ketiga) dari Denmark yang akan berlangsung selepas 11.30 malam ini waktu Malaysia.

6 comments:

yusenze said... [Reply to comment]

pertemuan musuh psikologi ni..
harap2 chong wei pnye mentaliti boleh fight lin dan.. selalunye kalah tang situ je.. hahha..

MR_RIGHT said... [Reply to comment]

sayang kan kalah. tapi tape.. rezeki ada d mana2 ~ hee

cik tikah said... [Reply to comment]

tapi dh kalah kan? :(

budak wangi said... [Reply to comment]

kalah jugak... huhu

suarakomputer said... [Reply to comment]

kalah xpe....masih ada peluang lg...teruskan sokong chong wei

laptop batteries said... [Reply to comment]

I m also watching this game and it is very interesting one. thanks for entertainment.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails