Showing posts with label lee chong wei juara. Show all posts
Showing posts with label lee chong wei juara. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Lee Chong Wei Bakal Juara - Bertemu Lin Dan Pada Final ?


Mungkin Lee Chong Wei Akan Bertemu Lin Dan Di Final Nanti ?


Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley di London semalam.

Beliau, yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan pilihan keenam Chen Jin dari China 21-13, 21-9.

Chong Wei mempamerkan permainan cemerlang pada set pertama termasuk melakukan beberapa pukulan kilas dan lintang yang mematikan gerakan Chen Jin.

Pada set kedua, Chen Jin cuba bangkit dengan mendahului 0-4 pada minit-minit awal permainan, namun Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan 7-7 dan terus menguasai permainan sehingga mata penamat.

Ini merupakan kali pertama Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu sepanjang bergelar pemain badminton profesional.

Beliau juga merupakan perseorangan negara pertama yang melakukannya selepas Wong Choong Han pada 2003.

Dalam perlawanan akhir esok, perseorangan nombor satu dunia itu akan bertemu pemenang perlawanan di antara pemain China Lin Dan (pilihan kedua) dengan Peter Hoeg Gade (pilihan ketiga) dari Denmark yang akan berlangsung selepas 11.30 malam ini waktu Malaysia.

Monday, January 24, 2011

Siri Super Terbuka Malaysia Proton 2011 - Datuk Lee Chong Wei No 1


Tahniah,Tahniah,Tahniah,Tahniah,Tahniah,Tahniah, ucapan dari suarapeople :) kepada Datuk Lee Chong Wei selepas berjaya mempertahankan kejuaraan kali ketujuh di hadapan penyokong tanahair.

Rentak permainan Chong Wei sedikitpun tidak terjejas meskipun kemelut di antara bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih berterusan sehingga hari ini.

Kehadiran Misbun pada setiap perlawanan ternyata
Related Posts with Thumbnails