Wednesday, April 10, 2013

ABP2012: Bukan Tahun Bertuah Aaron Aziz

Aaron Aziz


ABP2012: Bukan Tahun Bertuah Aaron Aziz


Pelakon kelahiran Singapura yang pernah menggondol Anugerah Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz menyatakan dia tidak berasa terkejut dengan kejayaan Shaheizy Sam menjulang trofi itu pada tahun ini.

Bahkan pelakon yang terkenal dengan filem Ombak Rindu dan KL Gangster ini turut mengakui bahawa tahun ini adalah bukan miliknya disebabkan kekurangan produk lakonan yang dijayakannya.

“Ianya bukan satu kejutan buat saya, apabila Sam menang. Malah saya pun rasa tahun ini bukan tahun saya.

“Bagi saya, ini semua rezeki masing-masing serta bergantung pada produk yang artis itu ada,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.

Walaupun begitu, menerusi majlis yang sama, Aaron tetap tidak pulang dengan tangan kosong apabila dia berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon TV Lelaki Popular sekali gus menewaskan empat nama besar lain seperti Adi Putra, Fahrin Ahmad, Johan Asari dan Beto Kusyairy.

Bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular pula ianya berjaya menjadi milik pelakon berbakat besar, Nabila Huda yang mendedikasikan kemenangannya itu kepada bapanya, lagenda rock Amy Search.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails