Wednesday, April 10, 2013

Kecewa Tak Gondol Sebarang Anugerah?

Neelofa


Kecewa Tak Gondol Sebarang Anugerah?


Pelakon serta pengacara cantik, Neelofa dikhabarkan bersedih hati kerana dirinya tiada rezeki untuk menggondol sebarang anugerah pada majlis Anugerah Bintang Popular yang diadakan malam tadi.

Walaupun tercalon dalam tiga kategori, tapi tiada satu pun yang sangkut dengannya.

Menerusi portal Murai juga dikatakan ramai pihak yang berada dekat dengan Neelofa pada majlis berkenaan telah dapat melihat dengan jelas air muka kesedihan aktres tersebut.

Sebelum ini, Neelofa, 24, kelihatan begitu mengharapkan kemenangan terutama untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular yang berjaya digondol oleh rakan pengacaranya dalam program Nona iaitu Fara Fauzana.

Pelakon filem Azura itu juga dilihat tidak turut serta dalam post party yang diadakan sejurus majlis anugerah itu berakhir semalam.

Janganlah bersedih Neelofa, anggap saja sudah tiada rezeki anda, tahun lagi boleh cuba lagi.

Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails