Monday, April 8, 2013

Adi demand, Fafau dikatakan berlagak?



Adi Putra
Adi Putra

Fara Fauzana
Fara Fauzana

BIARPUN sudah berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia hampir 10 tahun, namun hanya sejak dua tahun lalu, nama pelakon yang berasal dari Singapura, Adi Putra semakin mendapat perhatian ramai.

Malah, kerana komitmen dan keberkesanan lakonannya, tidak hairanlah Adi turut menjadi rebutan penerbit dan pengarah yang menginginkan Adi terlibat dalam projek bersama mereka.

Namun, dalam meniti populariti semakin memuncak, timbul pula cerita negatif mengenai Adi yang dikatakan kini semakin demand, termasuk meminta bayaran apabila diminta muncul dalam sebuah program hiburan bagi mempromosikan drama lakonannya.

Tidak hanya Adi yang mendapat dakwaan negatif, penyampai radio dan juga pengacara popular, Fara Fauzana Mohd Fadzil, 33, turut didakwa bersikap sombong ketika hadir dalam satu majlis, baru-baru ini.

Dikatakan tidak bersikap ramah seperti waktu kerjanya, Fara juga dikatakan berlagak dan buat tidak tahu apabila ada peminat yang menunggu untuk bergambar dengannya.

Peluang Zass bertemu dua selebriti terkenal ini dalam dua majlis berbeza, memberi peluang untuk mendapatkan penjelasan sebenar mengenai dakwaan yang timbul.

Adi: Lebih baik demand daripada mencuri

Tidak melatah dengan soalan media berkaitan isu terbabit, Adi atau nama sebenarnya, Mohamad Hadi Putera Halim, 32, berkata, dia tidak melihat isu berkenaan sebagai satu perkara negatif.

“Saya bersyukur kerana cerita sebegitu keluar. Saya teringat pesan ibu saya, katanya kalau kita selalu diperkatakan bererti ada orang yang ambil berat tentang diri kita. Jadi saya tidak melihat ianya (gosip tersebut) perkara negatif tapi lebih pada positif.

“Kalau tanyakan pada saya, adakah saya begitu demand? Pada saya, ada pihak yang mengenali saya dan ada yang tidak.

“Bagi saya, kalau seseorang itu bekerja sebagai buruh sekali pun, individu itu mestilah digajikan kerana mereka bukan khadam,” jelasnya kita ditemui selepas majlis tayangan filem terbaru lakonannya, Langgar, baru-baru ini.

Menurut Adi, dia tidak sedikit pun melihat isu yang timbul itu dapat menjejaskan nama baiknya dan bersikap terbuka dalam menerima gosip tersebut.

“Saya terbuka dengan isu ini, tidak risau dan tidak takut dengan apa yang orang nak kata.

“Kalau kita kawal diri sekalipun dengan membuat kebaikan, pasti nama kita tidak akan menjadi sebutan.

“Tapi kalau terlihat satu keburukan diri kita, pasti kita akan jadi bualan hangat ramai.

“Bagi saya, kalau kita demand ia adalah lebih baik daripada mencuri.

“Jadi, terpulang sama ada, mahu memilih untuk demand atau mencuri,” ujarnya.

Fafau tak ambil pusing

Sementara itu, Fara atau mesra disapa dengan panggilan Fafau, ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Liga Juara Hot FM - 100 Plus, baru-baru ini, turut mempunyai jawapan yang tersendiri.

Menurut Fafau, dia tidak merasakan isu tersebut (dikatakan berlagak dan tidak mesra) sebagai satu perkara yang perlu diberi jawapan.

“Saya seorang yang realistik dan tidak berpura-pura. Saya tidak kisah orang hendak kata apa mengenai diri saya kerana ia tidak menjejaskan saya langsung,” katanya yang kini sibuk sebagai duta produk seperti Jacob dan Sophie Paris.

Dalam perkembangan lain, Fafau berkata, sekiranya peminat mahu melihat sisi lain berkenaan dirinya, mereka seharusnya menonton program kelolaannya, Nona.

“Sejujurnya dalam Nona, perwatakan dan gaya yang saya pamerkan adalah diri saya sendiri. Tapi sisi berbeza saya,” katanya yang terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana sibuk dan kesuntukan masa.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails