Monday, April 8, 2013

Justin Lin Tolak Arah 'Fast and Furious'



Justin Lin

PENGARAH yang sudah mengarahkan empat filem bersiri Fast and Furious, Justin Lin mengambil keputusan untuk tidak akan mengarahkan siri ke-7 filem tersebut.

Jelas Justin Lin, ia bukan kerana masalah dengan Universal Studio namun masa yang diberi oleh pihak Universal tidak mencukup bagi menyiapkan filem aksi tersebut.

"Mereka mahu ia disiapkan pada musim panas 2014, namun bagi saya ia tidak cukup untuk menghasilkan produk yang terbaik," ujar Lin seprti dipetik daripada The Hollywood Reporter.

Sutradara tersebut tidak mahu terburu-buru dalam pembikinan filem terutamanya filem yang sering dinantikan penonton.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails