Wednesday, April 10, 2013

Adira Hanya Kawan Dengan Aliff Aziz

Adira - Aliff Aziz


Adira Hanya Kawan Dengan Aliff Aziz


Semalam Suarapeople ada menyiarkan kisah mengenai penyanyi Singapura, Aliff Aziz yang kelihatan seperti berpatah hati dengan penyanyi cantik yang kini kelihatan semakin putih berseri iaitu, Adira.

Aliff kelihatan seperti kecewa apabila sering memuat naik status yang berbaur luahan hati di Twitternya baru-baru ini.

Melalui Utusan, Adira menjelaskan hubungannya dengan Aliff sebelum ini adalah mereka hanya kawan dan bersahabat baik di antara satu sama lain.

“Sebenarnya saya cukup selesa jika dikatakan kami berdua kini berkawan. Saya dan Aliff tidak pernah bercinta seperti apa yang dikatakan.

“Saya memang suka berkawan, dengan sesiapa pun saya akan berkawan,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ilusi ini turut menambah bahawa dia akan memberitahu kepada pihak media dan peminat sekirannya dirinya dilamun cinta kerana dia tidak mahu menyembunyikan perkara baik itu daripada semua.

Diharapkan dengan penjelasan Adira itu peminat tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Aliff seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails