Wednesday, April 10, 2013

Penantian Yana Samsudin Berbaloi

Yana Samsudin


Penantian Yana Samsudin Berbaloi


Selama hampir sedekad berada dalam industri hiburan tanahair, pelakon cantik Yana Samsudin tidak pernah menyangka bakal merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Namun begitu, tuah menyebelahinya kerana dia dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut pada edisi ke 26 penganjuran anugerah berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad. Masih tidak menyangka namanya disebut sebagai pemenang, Yana bersyukur di atas kemenangannya itu.

“Saya rasa macam dalam mimpi. Saya sudah lama dalam industri dan baru sekarang saya menang anugerah ini. Saya bermula dalam industri pun dari belakang tabir dan tak terfikir karier lakonan saya akan sampai ke tahap ini. Benar kata Tuhan. Kalau sesuatu benda itu nak jadi, jadi juga dan kali ini Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya,” ujar pelakon ‘Surat Dari Langit Biru’ ini.

Mengulas mengenai kejayaannya itu, Yana mengakui kelab peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Yana Super Friends’ menjadi tulang belakang kejayaannya. Strategi kelab peminatnya bergabung dengan beberapa kelab peminat artis lain bagi mengundi Yana ternyata berbaloi. Yana berjaya menewaskan nama besar lain serti Maya Karin dan Lisa Surihani.

“Yana Super Friends banyak bagi sokongan pada Yana selama ini. Setiap kali ada pratonton filem Yana, mereka tak pernah jemu datang dan sokong setiap aktiviti seni Yana. Yana juga pergi ke hampir semua lokasi siri jelajah ABPBH dan setiap kali Yana berada di sana, Yana terkejut dan tak sangka ada bilangan peminat yang sebegitu ramai. Terima kasih buat semua peminat yang mengundi Yana,” ujar pemilik nama penuh Nurliana Samsudin ini.

GUA cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan ‘Yana Super Friends’ ini. GUA sendiri kerap bertembung dengan kelab peminat Yana yang memakai baju serba merah jambu ini di majlis-majlis lain yang turut dihadiri Yana Samsudin. Paling penting, mereka sanggup menunggu sehingga pelakon kesayangan mereka itu selesai ditemuramah pihak media sebelum mengambil kesempatan bermesra dengannya. Yana sendiri GUA tengok memang mesra dengan peminatnya. Tak hairanlah Yana punya kelompok peminat yang besar!

Turut menjayakan segmen persembahan ala Wonder Girls bersama empat selebriti wanita lain, Yana mengakui seronok bekerja bersama Asmidar, Nabila Huda, Adira dan Kila Fairy. Walaupun melakukan latihan dalam masa singkat, Yana berjaya melunaskan amanah yang diberi produksi ABPBH dengan baik. Bagi yang merindukan aksi Yana Samsudin, bolehlah ke pawagam berdekatan menonton filem ‘Dua Kalimah’ lakonan Yana bersama Bintang Paling Popular ABPBH 2012, Shaheizy Sam. – Gua.Com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails