Thursday, April 4, 2013

Album Baru Afgan Lebih Matang

Album Baru Afgan Lebih Matang


Album Baru Afgan Lebih Matang


Penyanyi kelahiran Indonesia yang terkenal dengan lagu Terima Kasih Cinta, Afgan atau nama sebenarnya  Afgansyah Reza menyatakan album terbarunya lebih menonjolkan sisi kematangan daripada album sebelum ini.

Bercakap kepada portal Murai, Afgan menyatakan, “tidak seperti album saya yang terdahulu, album ini lebih matang dari segi liriknya.  Malah penghayatan saya untuk setiap lagu juga lebih mendalam”.

Afgan, 23, berkata album terbarunya yang berjudul LiveTo Love, Love To Live itu mempertaruhkan single pertamanya yang berjudul Pesan Cinta yang kini sedang hangat diputarkan di kebanyakan stesen radio tempatan.

Pesan Cinta mengisahkan tentang jejaka yang tidak tahu cara untuk menyatakan rasa cintanya dan menggunakan lagu untuk menyalurkan kekecewaannya.

Dalam perkembangan lain, penuntut tahun akhir jurusan pemasaran di Universiti Monash Kuala Lumpur ini mengakui masih solo dan tidak mahu menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita buat ketika ini disebabkan kesukarannya untuk melakukan dua perkara secara serentak iaitu belajar dan juga bercinta.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails