Thursday, April 4, 2013

Wan Shades Bakal Nikah Artis 90-an

Wan Shades


Wan Shades Bakal Nikah Artis 90-an


PETALING JAYA – Bekas penyanyi kumpulan Shades iaitu Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan (Shades) mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini dengan seorang artis 90-an.

Wan, 40, berkata, dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang wanita yang cukup memahaminya dan berhasrat menjadikan wanita itu sebagai isterinya tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, saya mengenali seorang wanita yang sangat saya senangi. Insya-Allah saya akan menamatkan zaman solo pada hujung tahun ini, cuma tarikhnya belum ditentukan lagi.

“Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu siapa wanita itu, tunggulah bila dah nak dekat (perkahwinan) nanti,” katanya.

Difahamkan, Wan kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Shila Lama. Bagaimanapun Wan enggan mengulas panjang tentang khabar angin tersebut. Shila juga pernah menyertai kumpulan nasyid Huda bersama Warner Music tidak lama dulu.

Dalam perkembangan lain beritahu Wan, dia masih lagi meneruskan niatnya mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah blog hiburan yang didakwa telah memfitnahnya sebagai suspek kes rogol anak tiri. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails