Thursday, April 18, 2013

Anzalna Nak Elak Skandal, Bakal Kahwin

pix_gal2


Anzalna Nak Elak Skandal, Bakal Kahwin


Biarpun nama Anzalna kian meniti puncak, wanita berusia 25 tahun ini nampaknya nekad untuk menamatkan status solonya dengan jejaka pilihan, Hanif Zaki.

Walaupun sudah muak untuk berbicara mengenai hasrat melangkah ke alam rumah tangga, anak kedua daripada lima beradik ini menafikan dirinya terburu-buru membuat keputusan itu.

Ketika ditanya, adakah teman lelakinya mendesak mahu mereka segera disatukan, mungkin bimbang gadis idaman terlepas ke tangan orang lain, Anzalna terdiam seketika. Wajahnya berkerut, seolah-olah mengiyakan pertanyaan itu. Dia bingkas menghuraikan hujah.

“Kami sudah bercinta dua tahun dan saling mengenali sejak usia 15 tahun, jadi kami sepakat mahu disatukan segera. Begitupun, setakat ini kami belum memilih tarikhnya. Sepatutnya keluarga teman lelaki datang merisik tahun lalu, tetapi rancangan itu tidak menjadi,” katanya.

anzal3

Elak terjebak skandal

Menurut pelakon ini, dia tidak bimbang perkahwinan akan menjejaskan populariti mahupun rezeki kerana percaya kepada takdir.

“Saya lihat, ramai artis yang sudah berkahwin, tetapi masih lagi laris. Lagi pun, saya berasa selamat setelah bergelar isteri nanti. Saya tidak perlu lagi bimbang dihimpit mana-mana lelaki.

“Memang saya tidak nafikan, sejak bergelar artis, ada yang cuba mendekati, tetapi saya sedaya upaya mengelak. Walaupun cuma untuk keluar makan tengah hari atau makan malam, saya akan tolak. Bagi saya, jika kita melayan, ia akan menjadi titik permulaan untuk terjebak dengan skandal,” katanya.

Tegas Anzalna, dia harus berbuat demikian kerana enggan hubungan dengan teman lelakinya terjejas. Sebab itu juga katanya, dia kurang gemar bersosial. Jika ada waktu terluang, Anzalna lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan teman rapat. (petikan Berita Harian)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails