Sunday, April 7, 2013

Cinta Nabila & Nas-T Berputik Gara-gara Keropok Lekor


Tiba-tiba saja industri hiburan kecoh dengan berita pelakon seksi Nabila Huda @ Abil dan pelakon Nast-T dikhabarkan sekarang ini sedang dilamun cinta. Dan hal itu diakui Abil sendiri. Memetik laporan dari sebuah website, mereka mula menyedari bahawa masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain apabila Abil harus ke Brunei selama tiga hari. “Kami merupakan sahabat baik yang ingin membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya sudah mengenali Nas-T sejak zaman remaja kami lagi. Namun, pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk hidup bersama. Hubungan ini terjalin secara tiba-tiba tanpa kami sedari. “Waktu saya ke Brunei, entah kenapa rasa seperti kehilangan. Rupanya Nas-T juga merasakan benda yang sama,” ujarnya. Berkongsi permulaan kisah percintaan mereka, Abil pada mulanya mengajak Nas-T melepak dan pada masa yang sama Abil telah mengirim keropok lekor daripada Nas-T yang ketika itu ke Terengganu. “Apabila Nas-T pulang ke Kuala Lumpur, saya ajak Niesa (rakan Abil) berjumpa dengan Nas-T untuk mengambil keropok lekor yang dikirim. Sejak dari hari itu, kami sering keluar lepak bersama. Pada waktu itu pun masih belum terbit perasaan cinta. Bila berjauhan baru kami sedar tentang perasaan ini,” tambah Abil selesa bersama Nas-T kerana ‘sekepala’ dan senang diajak berbual. Bercakap tentang perkahwinan, Abil berkata, dia dan Nas-T sentiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun tidak mahu terburu-buru dalam keputusan mengenai perhubungan mereka itu. –Info Artis@forblogger.net

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails