Sunday, April 7, 2013

Dira Telefon Suami, Mengadu Tentang Hans Isaac

[caption id="" align="aligncenter" width="500"] dira[/caption]

 
Selama ini, dia memang tidak ada masalah dengan Hans Isaac. Malah hubungan baik yang telah terjalin sekian lama sebagai kawan artis sejak sekian lama dengan aktor dan produser kacak itu, menurut Dira Abu Zahar, dia bahkan sudah menganggap Hans seperti abangnya. Namun perasaannya tiba-tiba jadi kurang enak apabila orang yang selama ini dianggap sebagai abang, perlu menjadi ‘suaminya’. “Abang Hans, dia berkawan baik dengan suami saya. Saya dan suami selalu juga jumpa dia dan kami lepak sama-sama. Saya memang anggap dia sebagai abang. Jadi tak pernah lah terbayang pun yang saya akan berlakon dengan dia sebagai pasangan suami isteri. Memang masa mula-mula shooting saja tidak dinafikan, saya memang rasa sangat susah bila tahu yang Hans akan jadi suami saya. Sampaikan saya telefon suami saya, mengadu dan tanya pada suami saya, boleh ker saya pegang tangan Hans. Suami saya gelak jer. Dia faham yang kami berlakon. “Mujur juga Hans jenis yang tenang. Ada satu ketika tu, saya datang depan Hans dan saya pegang muka dia. Saya cakap pada Hans, “abang saya nak pegang muka abang sekejap jer”. Dan dia pun okay. Lepas tu saya terus anggap, sepanjang di set dia adalah suami saya. Tapi nasib baik kami tak banyak babak romantis sebab dari awal lagi hubungan kami sebagai suami isteri dah ada masalah itu dan ini”. Cerita Dira berkongsi pengalaman kali pertamanya bergandingan dengan Hans Isaac menerusi drama terbaru berjudul, Dahlia. Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 29, ditemui oleh pihak media di majlis perlancaran drama tersebut bertempat di restoran Serai, KL Live.



Isteri kepada seorang pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof ini juga berkata, dia seperti dapat mengagak yang riak dan rasa segannya terhadap Hans telah disedari oleh aktor itu. Hinggakan satu ketika, Hans ada menelefon suaminya untuk memberitahu yang mereka berlakon dan terpaksa melakukan beberapa babak bersentuhan seperti yang dituntut dalam skrip. “Saya rasa Hans boleh nampak yang saya segan dengan dia. Dia pun ada telefon suami saya, dia ada memberitahu suami saya yang dia cium dahi saya. Suami saya okay dan cukup memahami kerjaya kami sebagai pelakon”, kata yang melakonkan watak sebagai Dahlia. Drama 40 episod ini mengisahkan Dahlia yang mendapat yang mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Mereka akhirnya bercerai namun Dahlia hilang segala-galanya termasuklah hak penjagaan anak. Bagaimanapun dia bangkit dan membuktikan pada Razman bahawa dia sukar untuk ditipu. Di arahkan oleh Pali Yahya, Dahlia akan bersiaran mulai pada 22 April di saluran Mustika HD (saluran 134).
Dalam pada itu, ditanya mengenai kehidupannya selepas insiden pergaduhan dengan seorang wanita di sebuah pusat hiburan yang dikaitkan dengannya setahun yang lepas, Dira berkata dia kini menjalani rutin hariannya seperti biasa. Dira juga memberitahu kepada pihak media bahawa masanya banyak diluang untuk keluarga dan menyambung pelajaran serta tengah berjinak-jinak dalam penulisan skrip.
“Saya tidak pernah merajuk atau sembunyikan diri selepas kontroversi itu. Saya senyap lebih setahun ini kerana sibuk dengan pelajaran dan keluarga serta anak yang semakin membesar dan telah pun bersekolah”, katanya yang akan menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Filem dan Televisyen di Universiti Lim Kok Wing pada tahun depan. Menurutnya, kejadian lalu banyak memberikannya pengajaran namun sebagai manusia biasa, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang di sekelilingnya ujarnya kepada pihak media. “Orang setakat hanya boleh bercakap sajalah… Bagi saya, saya berfikiran positif. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya perlu teruskan hidup dan kerjaya saya” ujarnya kepada pihak media ketika ditemui semalam. “Lagipun dalam kerjaya seni ni, ada target yang saya ingin capai. Insya-Allah saya berazam untuk menjadi pengarah dan penerbit pada suatu hari nanti, tapi buat masa ini masih lagi belajar sedikit-sedikit dalam kerja penerbitan dan penulisan skrip,” katanya. –Info Artis@forblogger.net




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails