Sunday, April 7, 2013

Lagi kisah makhluk asing!



Lagi kisah makhluk asing!
Lagi kisah makhluk asing!

Lagi kisah makhluk asing!
Lagi kisah makhluk asing!

Lagi kisah makhluk asing!
Lagi kisah makhluk asing!

NAMA Stephenie Meyer sememangnya terkenal dengan karya penulisan novelnya terutamanya dalam francais Twilight. Kini, sekali lagi, karya tulisan Meyer, The Host dipilih untuk diadaptasi ke layar perak.

Andrew Niccol, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Time lakonan Justin Timberlake dan Mila Kurnis telah dipilih untuk mengarahkan filem yang rata-rata dibarisi oleh pelakon muda seperti Saoirse Ronan, Diane Kruger, dan Jake Abel.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada karya Meyer yang klise dan membosankan atau Niccol gagal untuk menggarap kisah daripada novel ini dengan baik.

Filem ini berdasarkan novel sains fiksyen/cinta mengisahkan makhluk asing dari planet lain yang dipanggil Souls sedang menyerang Bumi dan sudah mula mengambil alih badan dan minda manusia.

Badan Melanie Stryder didiami seorang Souls bernama Wanderer tetapi Melanie tidak rela lenyap. Wanderer terpaksa bekerjasama dengan Melanie untuk mencari rakan-rakannya. Mereka merupakan kumpulan pemberontak terakhir di Bumi.

Secara keseluruhan, bagi penulis, ia adalah sebuah filem klise dari Hollywood yang mengangkat kisah makhluk asing.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna filem ini tidak mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana, jika selama ini kita melihat bagaimana makhluk asing dengan muka hodoh sanggup membunuh untuk menakluki bumi, The Host digarap dengan cara berlainan.

Penonton akan disajikan dengan kisah makhluk asing yang kebanyakannya telah menjadi 'parasit' dan menumpang di tubuh manusia.

Malah, mereka juga tidak sanggup berbunuhan dan saling menyelamatkan dalam memastikan membina sebuah negara yang aman, saling mempercayai dan menghormati.

Namun, kebanyakan manusia yang tidak rela dengan penumpang makhluk asing ke atas tubuh mereka akan kekal hidup dan sentiasa cuba untuk mempengaruhi host iaitu makhluk asing yang menguasai tubuh mereka.

Begitu jugalah yang berlaku kepada Melanie yang tidak rela tubuhnya diguna pakai oleh Wanderer dan menyebabkan dia sedaya upaya cuba mempengaruhi Wanderer untuk mengikut arahannya.

Secara tidak langsung, ia ibarat sebuah tubuh yang mempunyai dua perwatakan yang berbeza.

Plot perlahan

Biarpun mempunyai cerita yang agak kuat, namun dari segi perjalanan plot, Niccol tidak berjaya untuk mengawal cerita yang agak menarik pada awalnya. Boleh dikatakan, perjalanan filem berdurasi 124 minit terasa agak perlahan bergerak.

Daripada perasaan tertanya-tanya ia beralih kepada pertanyaan bila cerita ini akan berakhir. Ini kerana kebanyakan babak sudah boleh diagak dan menyebabkan ia tiada keistimewaannya yang tersendiri.

Begitu juga dengan lakonan pelakon, mungkin kerana masih baru, kebanyakan pelakon tidak berjaya untuk memberi lakonan berkesan yang boleh diingati sebaik penonton keluar daripada pawagam.

Namun, secara keseluruhan, bagi peminat Sains Fiksyen, anda amat sesuai untuk menonton filem ini.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails