Thursday, April 11, 2013

Dituduh Perogol, Mohd Bakal Keluarkan Saman

Mohd Mentor


Dituduh Perogol, Mohd Bakal Keluarkan Saman


KUALA LUMPUR – Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25 akui terpaksa menanggung malu selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan merogol pada 31 Januari lalu.

Justeru, Mohd Mentor berkata dia bakal mengambil tindakan dengan menyaman malu finalis Mentor 6 berkenaan selepas siasatan polis dan pihak mahkamah mendapati dia tidak bersalah.

“Kes ini masih lagi dalam siasatan dan kami bakal menjalani perbicaraan di mahakamah.

“Saya sudah mengambil peguam dan jika saya didapati tidak bersalah oleh pihak mahkamah, saya akan terus mengambil tindakan untuk menyaman malu.

“Saman malu ini untuk cover balik malu yang saya tanggung selepas dituduh merogolnya,” katanya kepada murai.com.my

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah direman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Dalam akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.

Mengulas lanjut mengenai hubungan sebenarnya dengan pendatang baru berkenaan, Mohd memberitahu dia bukan kekasihnya dan baru sahaja mengenali antara satu sama lain lebih kurang sebulan yang lalu.

“Kami bukan pasangan kekasih. Kami hanya digosipkan sebagai pasangan kekasih sahaja.

“Bahkan, saya baru sahaja mengenalinya lebih kurang sebulan lalu dan kemudian dia sudah mengajak saya untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Saya menolaknya tetapi ini (dituduh merogol) pula yang saya dapat,” luahnya lagi.

Jika sabit kesalahan, Mohd boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. – Murai.Com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails