Wednesday, April 10, 2013

Nas-T Mahu Jadi Suami Nabila Huda

Nas-T


Nas-T Mahu Jadi Suami Nabila Huda


Pelakon dan deejay, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar mengakui bahawa ingin membawa hubungan cintanya dengan Nabila Huda ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan jika Nabila merupakan jodohnya.

“Asalnya saya dan Nabila merupakan teman baik. Kami dah kenal sejak zaman remaja lagi dan selalu lepak sama. Saya sendiri tak sangka hubungan ini boleh serapat ini. Saya gembira sebab kami dah berkawan lama dan dah tahu baik buruk masing-masing. Kalau ditakdirkan jodoh saya dengan Nabila, saya terima saja,” katanya.

Nas-T yang popular dengan watak Abu menerusi drama rantaian Kami mengatakan karakter tersendiri pada diri Nabila merupakan penyebab utama dia jatuh cinta dengan aktres berbakat besar itu.

“Nabila bukan macam perempuan lain. Saya sebenarnya suka dengan perempuan yang ada perangai ala-ala tomboy sedikit. Nabila banyak kawan lelaki dan dia sendiri tahu perangai lelaki macam mana. Itu yang buat saya tertarik dengan dia. Kami tak pernah gaduh. Kalau nak berbual, cerita apa-apa pun boleh. Mesti masuk punya,” jelas Nas-T lagi.

Selain itu, Nas-T mendedahkan dia kini memcari masa yang sesuai untuk berjumpa keluarga Nabila secara peribadi bagi membincangkan hal mengenai perkahwinan mereka berdua.

Semoga niat murni mereka untuk mendirikan rumahtangga direstui semua peminat dan ahli keluarga pasangan serasi ini! InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails