Tuesday, April 16, 2013

Kristen Dan Kegilaannya Terhadap ‘Sneakers’

Kristen Stewart


Kristen Dan Kegilaannya Terhadap ‘Sneakers’


Pelakon wanita yang popular menerusi francais filem Twilight, Kristen Stewart ternyata bukan seperti bintang Hollywood yang lain.

Ini kerana dia dilihat lebih gemar menyarungkan kasut ‘sneakers’ daripada memakai kasut tumit tinggi seperti kebanyakan pelakon wanita yang lain.

Di majlis-majlis anugerah berprestij yang dikehendaki untuk tampil elegan dan glamor pun Stewart masih lagi dengan kegilaannya untuk menyarung sneakers.

Sehinggakan ramai pengkritik fesyen yang tidak menyukai caranya itu malah mengutuk tindakannya yang sering memadankan gaun malam dengan sneakers.

Walaupun sentiasa dikritik, Stewart nyata tidak mempedulikan cakap-cakap orang.

Bagi penulis, lebih baik memakai apa yang kita selesa daripada menyakitkan kaki sehingga menyusahkan kita untuk berjalan ke hulu hilir.

Tak gitu?

Jom tengok dulu fesyen Stewart dengan kasut kegemarannya.

2


3


4


5

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails