Friday, May 17, 2013

Hidup Lebih Tenang Sejak Tak Sorok Kekasih

Tiz Zaqyah


Hidup Lebih Tenang Sejak Tak Sorok Kekasih


Pelakon cantik, Tiz Zaqyah Razak mengakui hidupnya kini lebih tenang selepas dirinya mengambil pendekatan tidak menyorokkan status terkininya yang merupakan kekasih kepada Daniel Haziq.

Malahan, pelakon ini juga dilihat semakin terbuka berkongsi gambar-gambar mesra miliknya bersama teman lelaki di laman Instagramnya.

Situasi ini amat berbeza sekali ketika Tiz dilamun cinta bersama pelakon kacak, Remy Ishak suatu ketika dulu.

Mungkin disebabkan status kedua-duanya sebagai selebriti menyebabkan mereka tidak selesa untuk mendedahkan hubungan itu kepada umum.

Mengulas mengenai perkara itu, Tiz berkata, “malaslah bila orang asyik tanya, tanya. Sebenarnya baru saya sedar yang lagi okay kalau kita mengaku dan tak sorok-sorok. Sebab, lagi kita sorok lagi orang nak tahu, nak korek rahsia kita.

“Pada saya, kita ada pilihan, sama ada kita takut dihakimi atau takut (berlaku) jujur. Jadi baik berterus-terang je,” katanya kepada Malaysian Digest.

Walaupun sering kali memuat naik gambar kekasihnya itu, niat Tiz bukanlah untuk menunjuk-nunjuk teman lelakinya itu sebaliknya dia merasakan perbuatannya itu adalah normal bagi pasangan yang sedang bercinta.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails