Friday, May 17, 2013

Dayang Nurfaizah Nafi ‘Buat’ Muka

Dayang Nurfaizah


Dayang Nurfaizah Nafi ‘Buat’ Muka


Jika dilihat rupa paras penyanyi berkulit hitam manis, Dayang Nurfaizah sekarang amat berlainan ketika di awal kemunculannya dahulu.

Atas faktor itu, ada suara-suara nakal mengatakan dirinya mengambil suntikan botox ataupun membuat pembedahan ‘face reshaping’ berikutan wajahnya yang kini semakin meruncing.

Dayang walau bagaimanapun tangkas menafikan dakwaan tidak berasas itu dengan menjelaskan perubahan bentuk wajahnya itu adalah disebabkan pemakaian braces untuk membetulkan struktur giginya sejak setahun setengah lepas.

“Saya sudah memakai pendakap gigi kira-kira setahun setengah. Mungkin sebab itu wajah saya nampak sedikit berbeza daripada dahulu. Bukan kerana suntikan botox atau sebaliknya. Saya ini bukannya seorang individu yang melakukan rawatan kecantikan wajah secara rutin. Hendak buat ‘facial’ pun jarang sekali. Saya hanya amalkan penjagaan kulit asas sahaja,” katanya dipetik menerusi portal Gua.com.my.

Dalam perkembangan lain, Dayang baru sahaja melancarkan album terbarunya iaitu rakaman konsertnya bersama Anuar Zain yang diberi judul Anuar & Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas, di KL Life Centre, semalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails