Thursday, May 16, 2013

Ibu Sangkal Dakwaan Halau Afiq Muiz

Hasliza Mohd


Ibu Sangkal Dakwaan Halau Afiq Muiz


Ibu kepada pelakon muda Afiq Muiz, Hasliza Mohd menafikan dakwaan bahawa dia menghalau anaknya itu dari rumah mereka.

Malah, ibunya bersumpah dengan nama Allah bahawa perkara yang dikatakan oleh anaknya itu sama sekali tidak pernah terjadi.

“Demi Allah, saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil. Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah payah saya membesarkan dia dan anak-anak lain. Selepas keluar rumah, saya mengirimkan mesej meminta Afiq pulang, tetapi dia enggan. Hanya beberapa kali dia menghubungi saya,” jelasnya yang dipetik menerusi laporan Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini dalam laporan sebuah akhbar elektronik, ibu Afiq pernah mempersoalkan mengenai wang RM30,000 yang lesap daripada akaun anaknya hanya dalam tempoh sebulan dan mendakwa gadis yang kini rapat dengan anaknya, Eina Azman mempunyai kaitan dengan perkara itu.

Menjelaskan perkara itu, Hasliza berkata, “saya tidak tuduh wanita itu mengikis wang Afiq, tetapi saya persoalkan ke mana wang simpanan RM30,000 milik Afiq kerana sebelum ini dia beritahu mahu simpan wang untuk beli rumah, kereta dan kegunaan masa depannya”.

Sebagai seorang ibu, Hasliza tidak pernah mengatakan anaknya itu sebagai anak derhaka, cuma dirinya berdoa agar anak bujangnya itu kembali menjadi Afiq yang dulu, yang mana merupakan seorang yang lemah-lembut, sayangkan keluarga dan memikirkan semula matlamat asal dirinya bergelar pelakon.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails