Thursday, May 16, 2013

Shila Amzah Dapat Kerakyatan Tetap Di China

Shila Amzah


Shila Amzah Dapat Kerakyatan Tetap Di China


Penyanyi Shila Amzah mengakui kini dia sudah mendapat kerakyatan tetap di China disebabkan kekerapan dirinya berulang alik ke negara terbabit.

“Saya sekarang duduk (tinggal) di Shanghai dan kerana bekerja di sana, saya telah dapat PR (status penduduk tetap),” jelas Shila Amzah ketika ditemubual stesen radio Era FM, baru-baru ini.

Karier nyanyian Shila atau nama sebenarnya Nor Shahila Amir Hamzah, 23, semakin berkembang di China selepas kejayaannya merangkul juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai.

Penyanyi bersuara merdu itu juga mengatakan enam buah lagu sudah dirakam untuk dimuatkan dalam album terbarunya kelak dan semua lagu tersebut merupakan hasil ciptaaan sepenuhnya oleh diri Shila sendiri.

Memang berbakat sungguh anak ND Lala ini, menyanyi boleh, mencipta melodi dan tulis lirik pun boleh.

Semoga maju jaya buat Shila dan diharapkan tiada apa yang menghalangnya untuk terus mencipta kejayaan di negara luar sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails