Wednesday, May 1, 2013

Johan As’ari Doakan Kebahagian Nabila Huda

Johan As'ari


Johan As’ari Doakan Kebahagian Nabila Huda


Pelakon lelaki yang sinonim dengan watak-watak pembuli dan antagonis, Johan As’ari mendoakan kebahagiaan rakan artis yang pernah dikaitkan dengannya dulu iaitu Nabila Huda.

Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil sedang meniti hari-hari bahagia apabila dia kini sedang hangat bercinta dengan pelakon dan deejay, Nas-T.

“Saya doakan kebahagiaan dia sekarang dan doakan jodoh yang baik untuknya,” katanya dipetik menerusi portal Rotikaya.

Johan juga menyatakan pendiriannya bahawa enggan lagi melakonkan babak atau adegan yang memerlukan dirinya berpegangan tangan atau berpeluk dengan artis wanita yang menjadi pasangannya dalam filem atau drama kelak.

Dia juga mengakui lebih tenang hidup bersendirian dan Johan sememangnya menginginkan seorang wanita yang menepati ciri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan isteri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails