Tuesday, May 14, 2013

Juruterbang Digantung Benar Model Masuk Cockpit

Juruterbang Digantung Tugas


Juruterbang Digantung Benar Model Masuk Cockpit


Hanoi – Dua juruterbang Vietnam Airlines telah didenda dan digantung tugas selepas mereka didakwa membenarkan seorang model yang juga actress Ly Nha Ky bergambar di dalam cockpit ketika dalam penerbangan dari Hong Kong ke Hanoi, bulan lepas.

Kapten Nguyen Ngoc Nhu Y didenda £216 manakala pembantu juruterbang, Nguyen Xuan Hai pula didenda £92.

Mereka dikenakan tindakan berkenaan selepas gambar tersebut disiarkan oleh laman web vietbao.vn.

Menurut pihak berkuasa agensi penerbangan Vietnam, tindakan juruterbang tersebut telah mengancam keselamatan penerbangan, justeru mereka berdua perlu dikenakan tindakan.

Perbuatan itu juga melanggar peraturan penerbangan apabila juruterbang meninggalkan tempat duduknya selain membenarkan individu yang tidak berkenaan masuk ke dalam cockpit.

Insiden berkenaan berlaku selepas dua juruterbang daripada Air India dituduh meninggalkan cockpit pesawat Airbus yang membawa 166 penumpang.

Juruterbang terbabit telah meminta pramugari pesawat itu mengambil alih tugas di dalam cockpit, ketika mereka tidur di kabin kelas perniagaan.

Kejadian berlaku pada 12 April lalu ketika pesawat itu dalam penerbangan dari Bangkok ke New Delhi.

Bagaimanapun kedua-duanya terpaksa berkejar ke dalam cockpit selepas salah seorang daripada pramugari itu telah mematikan butang autopilot.

Susulan itu, juruterbang dan pramugari terbabit telah digantung tugas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails