Tuesday, May 14, 2013

IKIMfm Buat Laporan Polis FB Palsu DJ Siti Rohani

DJ Siti Rohani


IKIMfm Buat Laporan Polis FB Palsu DJ Siti Rohani


KUALA LUMPUR – Penyampai Radio (DJ) IKIMfm, Siti Rohani Surani mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab menyamar sebagai beliau menerusi akaun Facebook.

IKIMfm dalam satu kenyataan media memberitahu akaun Facebook tersebut menyamar sebagai personaliti IKIMfm dengan menggunakan profail Dj Siti Rohani Surani.

“Sekurang-kurangya empat akaun Facebook palsu telah dikenal pasti memuat naik gambar dan aktiviti Siti Rohani serta melayan komen peminat yang menyangka dia adalah juruhebah IKIMfm yang sebenar.

“Paling membimbangkan pemilik akaun palsu tersebut telah mula bercakap dengan unsur-unsur lucah menerusi laman tersebut dan turut terlibat menjual produk tertentu,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat bagi menafikan empat akaun Facebook yang dibuat atas nama Siti Rohani Surani adalah milik beliau.

Tambah kenyataan itu, laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah supaya menghalang Facebook terbabit daripada terus beroperasi.

Justeru, kata kenyataan itu, Siti Rohani tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerugian atau masalah yang timbul kemudian hari berikutan maklumat yang diberikan melalui laman Facebook terbabit.

Laman facebook dan laman web milik IKIM atau IKIMfm yang sah adalah, http://www.ikim.gov.myhttp://ikimfm.my dan http://www.facebook.com/ikim.fm.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails